30 September 2009

buai

sekitar jam enam petang lebih sikit hari ini, waktu aku nak mandi.

aku terasa badan aku dibuai-buai. ingatkan pening, tapi aku tak demam.

aku terpandang tuala dipenyangkut, tuala pun goyang!

tahu lah aku ini mesti gempa bumi atau tsunami lagi..

aku pun sepantas kilat pakai baju seluar, keluar ketepi jalan..

28 September 2009

anton

zaman menoreh getah dulu, aku ada seorang kawan indonesia yang mengambil upah menoreh getah. anton namanya..

satu hari aku diajak ke sungai, untuk membuang minyak pengasih katanya.

nasib baik zaman tu zaman battle of the band, clash of the band, hikayat rock, morbid angel, bulldozer, nicronomicon, hantu setan. awek-awek ni tak main la. kalau tak, mau aku jadi pewaris minyak tu..

sampai disungai, anton mencangkung digigi air. mulutnya kumat kamit. entah jampi serapah atau maki hamun apa yang dia baca, aku tak tau.

aku relek je, tak rasa takut pun. metal mana takut hantu.. hehehe

habis je baca apa ntah, anton buka gengaman tangannya. aku nampak sebotol kecik macam botol minyak atar. diikat dengan benang kuning.

anton memegang botol tu dengan dua jari. perlahan-lahan diletakkan diatas permukaan air, dilepaskan. botol tu terapung-apung dipermukaan.

anton berserapah lagi, aku lihat botol tersebut mula bergerak untuk hanyut.

aku gabra jugak bila tengok botol tu tidak mengikut arus sungai, tapi botol tu melawan arus. anton senyum, tanda dia berjaya agaknya.

terus gue ngajakin anton pulang. nggak mau lama-lama dipinggir kali..

26 September 2009

kemudahan

pagi tadi aku lihat-lihat akhbar yang dijual disebuah kedai runcit.

aku terminat nak baca sebuah akhbar dengan tajuk "kami ahli surga" oleh seorang penyanyi pengikut rasul melayu.

bila dah baca sebelah belakang, dua muka penuh khas untuk kaki nombor.

kaki-kaki nombor harus berterima kasih kepada pehak akhbar dan kerajaan kerana memberi kemudahan ini kepada mereka.

kepada yang kaki solat, sori!
lu orang punya 'waktu solat' secoleh je..

23 September 2009

takutkan setan

malam raya pertama tu, aku lambak mercun kat anak-anak sedara.
seronok betul aku tengok diaorang. nasib baik tak ada yang putus jari.

dalam seronok tu aku berbual dengan salah seorang anak sedara aku yang umurnya empat tahun.. akmal.

aku: seronok ke akmal main mercun?

akmal: seronok la pak ngah. jom la pak ngah main sekali.

aku: tak nak la. nanti jari pak ngah putus, tak boleh nak ganti.

akmal: akmal tak pe, kalau jari putus, nanti tumbuh semula sebab akmal budak lagi.

aku: hahaha sape cakap?

akmal: abang hehehe

sedang diaorang asyik membakar mercun, aku potong stim..

aku: dah, dah, dah simpan malam esok pulak..

akmal: relek la pak ngah, malam ni kan setan kena lepas. kami tengah takutkan setan la ni. kalau tak nanti setan kacau manusia..

aku keluarkan gudang garam sebatang, bakar, pus pus pus...

22 September 2009

anak rantau

pak imam kat kampung aku cakap, raikan lah anak rantau yang pulang. kerana mereka menyabung nyawa untuk sampai kekampung..

jadi masa hari raya, aku diraikan sungguh-sungguh.

kerana aku anak rantau..

15 September 2009

i'dul fitri

ramadhan yang dulu aku tunggu-tunggu sekarang aku didalamnya.

dan kini ramadhan sudah sampai kepenghujungnya.

aku menipu diri sendiri andai aku tidak gembira menyambut syawal yang bakal menjelma.

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut i'dul fitri kepada rakan-rakan dialam maya dan juga dialam nyata.

aku andaikan kalian bak keluarga. yang tua yang muda kita gembira bersama, tegur menegur terlajak kata.
ah.. tanpa kalian, aku ni siapa.. blog kuman yang menumpang ceria..

sempena i'dul fitri ini, aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat dari kalian semua andai aku terlajak kata yang sengaja, menulis yang entah apa.

yang pastinya aku gembira bersama-sama kalian..

selamat menyambut i'dul fitri buat semua..




14 September 2009

penghujung..

suara: hoi aku! menung nampak..
apa hal?

aku: sedih la. bulan puasa dah nak habis..

suara: sedih? kahkahkahkah..

aku: kenapa kau ketawa?

suara: kau tipu! bila bulan puasa habis, senang la kau isi tembolok kau bila-bila masa kau suka.

aku: aku tak fikir sangat pasal makan. aku cuba merasakan apa yang sang fakir rasakan.

suara: hoi penipu! kalau kau tak fikir pasal makan, kenapa tiap petang kau membeli juadah yang kau sendiri tak mampu habiskan...?!!

aku: aku tak mampu nak habiskan takut aku tak larat nak bertarawikh..

suara: kau bertarawikh sebab kau mahukan ganjaran dariNya kan?

aku: mestilah.. itu kan dah dijanjikan.

suara: jadi kau gandakan ibadat sebab nakkan balasan la tuu..
tak ikhlas la amalan kau!

aku: kalau semuanya salah, apa yang perlu aku buat dalam ramadhan yang tinggal beberapa hari ni...?

suara: mana la aku tahu! kau yang berpuasa..

hati aku semakin sayu, semakin sedih. sedih kerana ramadhan akan pergi atau sedih kerana tiada apa yang aku perolehi pada ramadhan kali ini..
aku sendiri tak pasti.

12 September 2009

laila

trettt..trettt..trettt

henpon aku melalak..

aku: helo..

henpon: helo, assalamualaikum.

aku: walaikumsalam warohmatullah.

henpon: boleh saya bercakap dengan encik aku?

aku: ya saya. sape ni?

henpon: saya laila...

aku: laila? laila mana ni? saya tak ada kawan nama laila. awak salah orang ni.

henpon: saya tak salah orang la encik aku, saya lailatulqadr..

aku terbungkam, terkedu..

henpon: saya ingin berjumpa dengan encik aku disepuluh terakhir bulan ramadhan ni.

aku: ya ya boleh..

henpon: tapi encik aku mestilah cukup segala syarat..

aku: apa syaratnya..?

tuuuuuttt......
talian terputus..

...ahh aku mimpi rupanya..

bazar ramadhan

minggu lepas aku balik kampung. petangnya aku bawak adik beradik aku pegi bazar ramadhan kat pekan.

sekali-sekala balik, seronok gak bershopping kat bazar ramadhan ngan adik beradik.

macam-macam ada. murtabak setebal empat cm. ikan sungai bakar, somtam pun ada.

galak gak diaorang memilih. penuh jugak jari dengan plastik juadah berbuka. aku layan je.

masa nak balik, ada sorang mak cik datang dekat aku. raut wajah dia tenang je. bila dah dekat, dia cakap sesuatu, perlahan..
aku tak dengar.

aku dekatkan telinga dan tanya apa yang dia cakap tadi.
mak cik tu cakap, "nak, mak cik mintak tiga ringgit. nak beli makanan buat buka puasa."

tetiba aku rasa sebak. macam nak jatuh air mata. terasa ada seketul batu besar hempap kepala aku.

aku arahkan adik beradik aku tunggu kat kereta. aku ajak mak cik tu beli juadah berbuka.

sambil membeli juadah buat mak cik tu, aku dah tak mampu nak cakap apa-apa, nak tanya apa-apa. sedih, kesian bercampur-campur. ucapan terima kasih tak putus-putus dari mulut dia.

agak-agak juadah yang aku belikan tu boleh tahan sampai dia bersahur, aku minta diri. sambil tu tanpa pengetahuan dia, aku masukkan beberapa keping not merah dalam salah satu beg plastik juadah dia.

aku terus blah. moga-moga mak cik tu kenyang dan boleh terus berpuasa..

hati aku terguris. serius..

sedang yang diatas sibuk bershopping sampai keluar negara, yang dibawah masih ada lagi yang tak makan!!!!

07 September 2009

akhir puasa

sepuluh terakhir bulan puase nanti:

kena check baju melayu, baju kurung, kebaya dah siap belum.

langsir yang ditempah dah kena ambik..

kain baju seluar yang nak dibuat melaram dah beli ke belum.

kereta motor yang nak digunakan nanti kena servis baik-baik, tambah eksesori..

stok mercun bunga api dah cukup belum untuk pesta nanti.

begitulah selalunya kita..

06 September 2009

aji sahak

lepas solat tarawih, aku sempat berbual dengan hj sahak.

hj sahak adalah seorang ahli tabligh tegar. merata tempat kat bumi ni dia pegi.

aji bercerita pengalaman dia berpuasa sambil keluar berdakwah empat puluh hari.

dalam malam-malam terakhir bulan ramadhan entah tahun bila entah. aji sedang iktikaf dalam masjid semasa dia keluar empat puluh hari.

tiba-tiba dia nampak ada orang naik sampan, berkayuh sampan hingga kedalam masjid. berhenti ditepi mimbar dan orang tu turun dari sampan lalu solat dua rakaat.

selesai solat, orang tu naik semula keatas sampan lalu mendayung keluar.

aku tanya aji sape orang tu? aji jawab dia pun tak tahu. hanya mampu perhatikan je. untuk menegur sapa, semuanya kelu..