08 Februari 2011

kata-kata

aku bukan hina diantara yang mulia, bahkan aku lebih mulia diantara yang mulia. pun begitu, aku bukan mulia diantara yang hina. malah aku lebih hina diantara yang hina. engkau tidak dapat mengubah keadaan ini dan engkau tidak pernah menduga sedikit pun..

jika malaikat dikatakan mempunyai 600 sayap, lebarnya dari ufuk timur ke ufuk barat tetapi memeluk nabi, walhal gua hira' itu sempit sekali..
apakah hikmahnya berita ini. jika syurga itu cuma sungai yang mengalir, dimanakah harganya lautan pahala..

andainya tafakur sesaat umpama 70 tahun ibadah, manakah ukuran setahun puasa atau solat yang panjang...

jangan kecewa jikaa dikatakan kepada adam, 2000 tahun sebelum baginda, kaabah sudah didatangi orang!

inilah kejutan dari sesuatu yang tidak pernah kita duga seperti sabda rasulullah: "demam panas itu adalaah golakan api neraka"
walhal baginda wafat akibat demaam panas itu sendiri..

apakaah sebenarnya dari kata-kata ini....?





- cilok-

19 Disember 2010

fitrah

sewaktu bertemu dengan pakli, banyak perkara yang kami bualkan.

maklumlah sudah agak lama tidak bertemu. masing-masing dengan kerjaya dan famili.
pakli adalah seorang kontraktor elektrikal yang sedang meningkat naik.

perbualan kami atau dengan kata lainnya, ceramah dari pakli untuk aku lebih banyak kepada isu-isu agama. aku lebih kepada mengiakan dan mengangguk saja. lagaknya seperti aku seorang non muslim yang cuba diajaknya untuk memeluk islam.

pakli: kau tau aku, kenapa islam itu agama fitrah? cuba kau cerita kat aku..

tiba-tiba pakli menguji aku..

aku: entah la pakli, kau je la yang cerita.

pakli: aku bagi contoh, kenapa diharamkan zina..
apa perasaan kau bila mak atau saudara perempuan kita berzina? maaf la sebab
aku guna keluarga untuk dijadikan contoh.

aku: dah tentu lah aku marah..

pakli: haa..marah tu kan fitrah..
satu lagi contoh, camana pulak kalau ayah kita balik rumah dalam keadaan mabuk
dan mengamuk. pukul mak kita dan adik beradik?

aku: dah tentu aku lagi marah..

pakli: itu pasal aku kata islam ni agama fitrah..
perkara-perkara tu awal-awal lagi dah diharamkan. dah memang fitrah manusia
tak mau perkara-perkara camtu..

aku: kalau aku yang buat contoh pulak?

pakli: silakan...

aku: camana kalau kau diberi kebenaran untuk melayani seberapa ramai
perempuan yang kau suka? adakah kau merasa marah? adakah kau merasa amat
beruntung?
camana pulak andai kau dibenarkan minum sehingga mabuk? adakah kau menolak?

pakli: tentu la aku suka..

aku: kenapa kau suka pulak? bila orang lain buat kau marah.
terkadang kita ni nak pahamkan orang lain pakli, tapi sebenarnya kita sendiri
yang merosaakkan ugama..

pakli: eh aku...dah lewat ni, aku ada hal la ngan ayah aku. lupa pulak...

04 November 2010

harapan

tanggal 10/10/10 kedua orangtua ku berangkat menunaikan rukun islam yang ke 5.

kami anak-anak mereka, amat gembira mendengarkan perkhabaran ini.

semenjak hari itu ku lihat bapak amat rajin dari kebiasaannya. laman dibersihkan saban hari. laluan air tika hujan nanti dibetulkan. pendek kata segalanya mesti rapi sebelum berangkatnya ketanah suci.

seperti biasanya, sebelum minggir kekamar beradu, aku dan bapak akan berbual itu dan ini. tentang hal dunia hinggalah pada hal ugama.

pada suatu saat terpancul dari mulut bapak tanpa sengaja mungkin. satu harapan jika bertandang ketanah suci...
harapannya agar dia kekal disana..

sewaktu dikelana jaya. perasaan hiba menyelubungi.
sedih tidak dapat aku tahan. air mata tidak dapat ku pertahankan..

dalam pada itu hatiku bertanya. perpisahan yang bagaimana aku inginkan..

apapun, hatiku mengharap agar bapak selamat menunaikan ibadat haji dan selamat pulang...

03 November 2010

air





percubaan pertama untuk hobi baru..