24 November 2009

nilai waktu

waktu adalah anugerah Allah.

untuk mengetahui nilai satu tahun,
tanyakan pada seorang siswa yang gagal dalam ujian kenaikannya.

untuk mengetahui nilai satu bulan,
tanyakan pada seorang ibu yang melahirkan bayi pramatang.

untuk mengetahui nilai satu minggu,
tanyakan pada editor majalah mingguan.

untuk mengetahui nilai satu hari,
tanyakan pada seorang buruh harian yang punya enam anak untuk diberi makan.

untuk mengetahui nilai satu jam,
tanyakan pada kekasih yang sedang menunggu waktu untuk bertemu.

untuk mengetahui nilai satu minit,
tanyakan pada seorang yang tertinggal pesawat.

untuk mengetahui nilai satu detik,
tanyakan pada seorang yang selamat dari kecelakaan.

untuk mengetahui nilai satu milidetik,
tanyakan pada seorang yang memenangi medal di olimpik.



- cilok
layan..

13 November 2009

pindah rumah.

lepas isyak atok balik dari mesjid, solat dua rakaat, wirid macam kebiasaannya. aku yang balik lebih awal dari atok sempat melepak depan tv sementara atok menyudahi rutin hariannya untuk makan malam bersama.

selepas makan dan berehat sebentar, atok bangun untuk keluar. aku juga bingkas bangun untuk mengikuti atok. nenek sudah maklumkan pada aku malam ini atok nak pindahkan jin.

atok menahan aku dimuka pintu. tak benarkan aku mengikutinya.

"tak payah ikut laa.." pujuk atok lembut.

"ala.. nak tengok dari jauh je" rayu aku.

"kau tak mampu nak tengok wajah dia" balas atok.

"wajah sebenar dia bukan macam yang kau bayangkan. tak pernah terlintas pun dalam kepala kau wajah dia. kau tak mampu, tak sanggup nak tengok dia" terang atok meyakinkan aku.

aku akur walaupun teringin sangat nak tengok macamana atok pindahkan jin. selepas atok keluar, aku terus tutup pintu.

tak semena-mena terasa angin kencang kuat memukul rumah atok. terasa rumah usang atok bagai nak tercabut.

aku duduk dekat dengan nenek. sebab nenek pun bukan calang-calang orangnya. keturunan pendekar. apa-apa hal tentu nenek akan melindungi aku.

sudah setengah jam ribut yang kuat melanda rumah atok. nenek cakap atok dan jin sedang bertengkar. cari jalan penyelesaian.

selepas hampir satu jam, tiba-tiba ribut berhenti serta-merta. lima minit kemudian atok masuk kerumah. aku lihat hidung dan pipinya berkilat. itu tandanya atok gembira kata nenek.

"macamana tok?" soal ku tak sabar.

"macamana apa?" soal atok pada aku pulak.

"jin tu la.." balas aku.

"ala.. ngada-ngada, nak pindah rumah pun mintak didukung" jelas atok.

"atok dukung la" tanya aku lagi.

"ye dukung. kalau tak, tak mau pindah." balas atok sambil menghirup kopi o panas yang disediakan nenek.

12 November 2009

fatimah

ketika nabi muhammad menikahkan fatimah dengan ali bin abi talib, baginda mengundang abu bakar, umar dan usman untuk membawa persiapan fatimah.

mereka tertanya-tanya tentang persiapan yang dikatakan oleh rasulullah untuk puteri kesayangannya itu.

lalu mereka mendapati bahawa persiapan tersebut hanyalah alat penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

apabila abu bakar mengetahui perkara itu, dia menangis.

"wahai rasulullah, apakah ini saja persiapan untuk fatimah?" soalnya.

nabi menenangkannya lalu menjawab dengan lembut "wahai abu bakar, ini sudah mencukupi bagi orang yang berada didunia.

fatimah yang menjadi pengantin pada hari itu kemudiannya keluar daripada rumah dengan memakai pakaian yang baik, tetapi dengan 12 kesan tampalan pada pakaiannya..

08 November 2009

katak

semalam..

kadiaq: aku, mu dok gi nyokong saing kito ko?

aku: aik? bila hang jadi orang kelantan ni?

kadiaq: kawe klate.. mugo bini kawe ore klate..

hari ini..

aku: kadiaq, malam tadi hang pi stadium ka?

kadiaq: den poie ngan jenal. rugi ekau tak ikut samo. punyo la best..

aku: aik? semalam hang orang kelantan..
ceh..

kadiaq: hehehe

06 November 2009

feri

pagi tu aku bangun awal. tak payah mak kejutkan aku macam selalu.

dalam usia bebudak, selalunya mak akan mandikan aku dan adik dengan air suam agar tak kesejukan. sayang mak pada anak-anak..
hari tu aku mandi sendiri. tak perlu mak nak mandikan. mak senyum je..

aku terasa amat gembira bila malam tadi bapak cakap sok pagi kami akan pegi pekan sari jerantut.

waktu tu bapak belum ada motorsikal apatah lagi kereta. yang menjadi kebanggaan kami cuma sebuah basikal tua..

aku dan keluarga menaiki bas. sesak, padat. masing-masing nak ke jerantut.

sampai dijerantut feri, bas berhenti. semua penumpang turun sebab kami semua akan menaiki feri untuk keseberang sungai pahang.

feri ini lah yang membuatkan aku teruja sangat nak ke jerantut. feri yang ditolak dengan sebuah bot.

sampai keseberang, kami akan menaiki bas lain yang sudah sedia menunggu disana.

sekarang feri sudah tak ada..
hanya kenangan yang tak akan pupus diminda..

05 November 2009

...fikir

apakah otak ini berfikir?

atau ianya sendiri zat yang berfikir,
atau ada kuasa yang menjalankan fikir,
dan apa pula yang difikirkan sekiranya yang wujud ini adalah zat semata-mata..




- cilok
Topeng minda

02 November 2009

aki.. si gila

dalam perjalanan dari kemaman ke jengka, aku dan pak chat singgah di kuantan.

perut yang sedari pagi belum diisi, berkeroncong..

selesai mengisi tembolok masing-masing, sementara menunggu makanan sampai kehentiannya, kami berbual-bual sambil menikmati gudang garam pak chat.

pak chat terpandang seorang yang kurang siuman. lantas pak chat mengajak aku berbual dengan orang tersebut. memang perangai pak chat suka melayan orang kurang siuman atau orang gila.

pak chat menghulurkan gudang garam, disambut baik, beradap, bersopan oleh orang gila.

pak chat: aki nok kemane ni?

orang gila: saje je musing sini ah, nengok amenda keja deme..

pak chat: moh ikut keh, kita pegi pancing..
(hutan lipur pancing lebih kurang 45 minit dari kuantan)

orang gila: aok pegi naik menda?

pak chat: naik keta, keh bedua je aki. moh le. karang aki nok balik, keh anto la..

orang gila: aok pegi la dulu, aki pegi sendiri. naik moto beso aki ni ha..

sambil menggayakan sedang menunggang chooper. aku terasa nak ketawa. tapi takut plak. kena pelangkong, sia-sia je.

setelah bersalam-salaman dan minta diri, kami pun teruskan perjalanan.

lebih kurang 45 minit kami sampai di hutan lipur pancing.
sebaik saja pak chat berhentikan kereta, aku dan pak chat tergamam, aki dengan gaya menunggang choopernya berada disebelah pintu pak chat..

orang gila: kan aki dah kabo, aok sampe je, aki pun sampe..