28 Ogos 2009

tipu tuhan

petang tadi sambil tunggu waktu berbuka, aku lepak ngan kengkawan.

topik tentang tarawih diaorang bualkan.

pak mud cakap, dia tak berapa kuat nak folo pak imam yang baca surah panjang. jadi dia akan mula solat bila jemaah hampir rukuk dalam rakaat pertama. tetap dikira berjemaah gak kan tanya pak mud..

pak tam lagi best, dia mula solat bila jemaah dah nak rukuk dalam rakaat kedua..
"aku pun tetap dapat pahala jemaah kan?" tanya pak tam.

pak musa menyampuk..
"pandai sungguh kau orang tipu tuhan ye..."

3 ulasan:

  1. Salam aku

    Adakah Imam yang membuatkan ma'mum tipu Tuhan!
    Tahukah Imam erti Tarawih itu sendiri? Bukankah membaca surah yang panjang akan memberatkan ibadah bagi kebanyakan ma'mum? Adakah kononnya dengan membaca surah yang panjang akan mendapat pahala yang besar?

    Saya tidak hairan kalau ramai bercakap yang kebanyakan Mufti songsang, maka apa lagi para Imam di surau-surau dan madrasah.

    Saya pasti aku lebih faham tentang ihsan di dalam ibadah. Rasanya aku juga lebih faham beribadat sebagai hamba dan meminta-minta pahala.

    BalasPadam
  2. salam pakdin,

    ..beribadat sebagai hamba..
    terima kasih memberi tunjuk ajar pakdin..

    BalasPadam
  3. jenis yg tipu tuhan ni mmg bahaya..smpai tuhan pon nak tipu..

    BalasPadam