12 Oktober 2009

seorang tua dikaki gunung

ibu sartini menyambut kedatangan kami dengan gembira. adipati tiada kerana kerumah tok ayah seratus meter dari situ.
selepas berbasa-basi dan bertanya khabar, kami meletakkan beg dan menuruti kerumah tok ayah..

tok ayah asalnya dari pattani dan menetap disini sudahnya. guru kepada adipati ini masih kelihatan gagah biarpun sudah berusia 96 tahun. anak-anak, menantu dan cucu-cucunya tinggal bersamanya dirumah sederhana itu.

selalunya selepas subuh tok ayah akan memasak untuk bekalan anak-anak, menantu serta cucu-cucunya bekerja dan bersekolah. kemudian dia akan menyeluk saku baju lusuhnya mengambil wang buat belanja sekolah cucu-cucunya.

hingga hari ini wak tertanya-tanya bagaimana tok ayah mempunyai wang yang tak pernah putus dari sakunya.

bila mentari naik, dia membawa makanan kebelakang rumah untuk ayam itiknya, kucing peliharaannya dan juga kambing..
kemudian dengan kudrat tuanya, tok ayah akan memanjat bumbung serambi rumah dan meletakkan makanan buat santapan burung-burung liar dihutan..

sebelum menyiram pokok bunga, wak pernah melihat tok ayah mencangkung disudut rumah memberi makan kepada semut-semut. pernah juga sekali wak melihat tok ayah meletakkan sejengkal ranting melintang longkang kecil, "biar mudah semut menyeberang" katanya..

tok ayah kelihatan sihat dan gembira dengan kedatangan kami. riuh mulutnya bercerita dan dalam ceritanya juga ada berbagai-bagai ilmu dicurahkan.

tok ayah memasak dan menghidangkan kami dengan masakan yang walaupun sederhana tetapi terasa enaknya..
air tangan insan yang tulus.

tok ayah tidak makan bersama sebaliknya dia menghiburkan kami dengan nyanyian dan lagu puji-pujian kehadrat tuhan. kami terhibur..

kami meninggalkan rumah tok ayah sekitar jam 11.30 malam. tidak sampai 20 meter berjalan, teman wak kembali kerumah tok ayah kerana kameranya tertinggal..

sewaktu dia sampai kepada kami semula, terdengar teman wak mengesat hidungnya yang berhinggus seperti baru menangis. belum sempat bertanya, dia berbisik ketelinga wak, "wak tau.. sewaktu aku sampai dimuka pintunya,aku lihat tok ayah sedang makan sisa kita yang jatuh dilantai..!"



- cilok
WAK JONO



ps: aku pernah ceritakan kisah ini pada seorang sahabat. dia menangis hinggalah aku selesai bercerita. sambil dia berlalu tinggalkan aku, dia dok kata..
"syurga tu, syurga tu, syurga tu.."

5 ulasan:

  1. orang laen lbh diutamakan berbanding diri sndri..sentiasa mengasihi makhluk2 Allah..sedih je bce n3 ni..mulia betul hatinya.apa khbrnye skrng

    BalasPadam
  2. teringat novel aku baca masa kecik2 dulu

    BalasPadam
  3. syahbandar87,
    hatinya dah tetap pada tuhan. baginya emas dan tanah sama nilainya mungkin..

    BalasPadam
  4. ben,
    mana gua nak cari org camtu skrg ni ye?

    BalasPadam
  5. Kedai Hitam Putih,
    terima kasih sudi singgah kepondok usang ni..

    BalasPadam