13 November 2009

pindah rumah.

lepas isyak atok balik dari mesjid, solat dua rakaat, wirid macam kebiasaannya. aku yang balik lebih awal dari atok sempat melepak depan tv sementara atok menyudahi rutin hariannya untuk makan malam bersama.

selepas makan dan berehat sebentar, atok bangun untuk keluar. aku juga bingkas bangun untuk mengikuti atok. nenek sudah maklumkan pada aku malam ini atok nak pindahkan jin.

atok menahan aku dimuka pintu. tak benarkan aku mengikutinya.

"tak payah ikut laa.." pujuk atok lembut.

"ala.. nak tengok dari jauh je" rayu aku.

"kau tak mampu nak tengok wajah dia" balas atok.

"wajah sebenar dia bukan macam yang kau bayangkan. tak pernah terlintas pun dalam kepala kau wajah dia. kau tak mampu, tak sanggup nak tengok dia" terang atok meyakinkan aku.

aku akur walaupun teringin sangat nak tengok macamana atok pindahkan jin. selepas atok keluar, aku terus tutup pintu.

tak semena-mena terasa angin kencang kuat memukul rumah atok. terasa rumah usang atok bagai nak tercabut.

aku duduk dekat dengan nenek. sebab nenek pun bukan calang-calang orangnya. keturunan pendekar. apa-apa hal tentu nenek akan melindungi aku.

sudah setengah jam ribut yang kuat melanda rumah atok. nenek cakap atok dan jin sedang bertengkar. cari jalan penyelesaian.

selepas hampir satu jam, tiba-tiba ribut berhenti serta-merta. lima minit kemudian atok masuk kerumah. aku lihat hidung dan pipinya berkilat. itu tandanya atok gembira kata nenek.

"macamana tok?" soal ku tak sabar.

"macamana apa?" soal atok pada aku pulak.

"jin tu la.." balas aku.

"ala.. ngada-ngada, nak pindah rumah pun mintak didukung" jelas atok.

"atok dukung la" tanya aku lagi.

"ye dukung. kalau tak, tak mau pindah." balas atok sambil menghirup kopi o panas yang disediakan nenek.

2 ulasan:

  1. Salam Bro,

    Bertuah Jin tu...., nak pindah pun kena dukung.

    Banyak pulak cengkadaknya....

    BalasPadam
  2. keh bayangkan Jin Samsudin yg di dukung..

    BalasPadam