31 Januari 2010

bidin mencari guru

bidin bukanlah seorang yang kuat pegangan agamanya. sekadar biasa-biasa saja. tidak seperti budin, yang sentiasa berketayap putih, yang selalu menasihatinya itu ini. yang selalu menghukum itu ini.

suatu ketika hati bidin terbuka untuk mencari seorang guru.
tapi hati bidin gundah, bagaimana untuk mengetahui orang yang dicarinya adalah benar-benar guru.

dalam masa bidin gundah gulana, datang satu ilham didalam fikirannya.

selepas solat isyak, bidin keluar rumah menuju kepinggir belukar.
berbekalkan obor, bidin tercari-cari sarang tebuan tanah yang sudah dikenal pasti siang tadi.

dengan berhati-hati bidin memasukkan tebuan tanah beserta sarangnya sekali kedalam guni. diikat kemas-kemas agar tidak terlepas walau seekor pun.
"esok akan aku tahu siapa yang benar-benar boleh menjadi guru" bisik hati bidin.

guni berisi tebuan tanah bidin letakkan tersorok ditangga masjid.
sambil menunggu para jemaah datang, bidin memerhatikan satu persatu jemaah yang masuk ke masjid.
"mungkinkah ada diantara kalian yang bakal menjadi guru aku" tanya hati bidin.

sewaktu para jemaah bersolat yang kelihatannya amat khusyuk, bidin keluar mendapatkan guni tebuannya.

"jika mereka benar-benar khusyuk, apa lah sangat sengatan tebuan tanah" fikir bidin.

dilemparkan guni tebuan ketengah-tengah para jemaah!

"siapa yang tetap ditempatnya akan aku jadikan guru..." nekad bidin.

seketika kemudian, tidak ada seorang pun jemaah yang tinggal... termasuk budin..

28 Januari 2010

rindu.................?

entah kenapa tetiba mata merajuk. tak mahu mengantuk, tak mahu lelap.
matakah yang mengantuk, matakah yang lelap... entah.

aku sumbatkan sound system sony ericsson ketelinga, nyalakan sebatang ubat paru-paru, duduk diatas buai sambil melayan satu lagu..

..aku tersentak langsung tersedar
cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
terbayang seribu kemungkinan
tergerak ku mendakap kau pun hilang

bukan beralah kecewa kerana cinta
tapi berduka kecewa kerana rindu
berjuang ku hanyalah satu pegangan
hidup dan matiku ingin kurasa
oh bersama mu..

merindukah aku.......?

(tabik utk pencipta lagu nih)

26 Januari 2010

letih

aku letih dengan masalah ternet aku.

kejap on kejap off. cam lampu lip lap. kejap boleh bukak, kejap tak boleh bukak. nak sambung pun kena tunggu berjam-jam.

moga-moga lepas ni tak ada masalah lagi dah..

20 Januari 2010

kata orang dulu-dulu

sambil menunggu ikan bakar yang aku pesan terhidang, aku sempat berbual dengan seorang warga singapura.

dia datang ke umbai semata-mata mahu merasa ikan bakar.

entah macam mana kami berbual tentang adat dan petua orang dulu-dulu yang aku sendiri tak berapa tahu.

pakcik ishak: ko tau aku, kalau rama-rama besar masuk dalam rumah kita, maknanya ada tamu yang nak datang..

aku: ye ke, yang aku tahu, kalau sedang kita makan dirumah, tetiba kita nak ambil salah satu menu bersama. tandanya ada tetamu yang bakal tiba.

pakcik ishak: yang tu betul jugak. lagi satu kalau kucing peliharaan kita asyik menyapu muka dia. tanda ada tamu jugak tu.

aku: kalau takde kucing pakcik ishak?

pakcik ishak: ko tak dapat la tanda tu. lagi satu kalau burung kelicap riuh rendah berbunyi dilaman rumah. ada la tamu nak datang.

tetiba anak pakcik ishak menyampuk..

"sekarang ni lagi senang ayah, kalau henset berbunyi, dah gerenti punya.."