22 Disember 2009

payung

hujan masih lebat. mencurah-curah seakan membasuh bumi.

selesai solat isyak, aku duduk diserambi surau mengharap redanya hujan.
tok siak sengaja membiarkan lampu terpasang kerna masih ramai jemaah yang boleh dikira dengan jari mengharap sepertiku.

garaj yang sedikit jauh dan tidak ada bumbung yang bersambung dengan surau menyulitkan aku untuk ke garaj.

dipojokan serambi ku lihat aki berseorangan. tersandar sambil matanya terpejam. entah apa yang difikirkan. mungkin keletihan setelah siangnya membanting tulang.

ku datangi aki dengan perlahan-lahan. takut terganggu angan-angannya.

"aok tok balik lagi aku?" soal aki sambil membuka mata.

"tunggu ujan reda sket aki" jawab aku sambil bersila didepan aki.

lantas aku dan aki berbual. dari satu hal ke satu hal. keserabutan dalam kepala, ku luahkan kepada aki.
aki menjawab setiap persoalan dengan baik dan teratur. agar aku faham mungkin..

"moh kita balik aku" ajak aki bila waktu menghampiri jam sepuluh.

"kejap lagi la aki" pujuk aku agar aki masih sudi melayani kerenah aku.

"moh le, aki ada payung" kata aki sambil bangun.

aku menuruti aki dari belakang. bila aki menyarungkan seliparnya, aku tak nampak pun payung kepunyaannya.

"aok ikut je langkoh aki, mane aki pijok, situ le aok pijok" arah aki bila dilihatnya aku tercari-cari payung.

bila aki mula melangkah meredah hujan, aku juga turut melangkah dibelakangnya. mata aku tak lepas melihat tempat aki berpijak. dimana aki berpijak, disitu aku berpijak.

sampai digaraj, pakaianku kering. tidak ada setitik air hujan pun pada pakaianku. aku hanya terkebil-kebil dan tercengang-cengang memandang aki.

aki hanya tersenyum lantas meninggalkan aku dengan honda 50 nya.
aku cuba menyakinkan diri. aku redah hujan dengan honda 70 bapakku.

sampai dirumah, seluruh pakaian aku basah kuyup.

aku belum ada payung seperti aki..

17 Disember 2009

perumpamaan

aku...

perumpamaan yang diberikan tuhan tidak ada batasnya.

"lihat burung kecil yang Aku ciptakan. ia dinamakan burung kolibri. ia memiliki bulu yang gelap, tapi bulunya bersinar dan ia bergerak secepat kilat.

jasadmu juga gelap, tapi Aku meletakkan cahaya terang benderang didalam dirimu. cahaya keimanan dan cahaya kebijaksanaan. ia berada didalam dirimu, selalu bersinar disana..

"pelajaran lainnya datang dari burung kolibri. apakah kau lihat bagaimana ia mengimbagkan tubuhnya untuk mengambil madu, tanpa pernah menyentuh bunga?
ia melayang-layang diatas bunga, mengimbangkan tubuhnya diudara sambil memasukkan paruh kedalam bunga untuk meminum madunya.

didalam hidupmu, kau juga harus seperti burung kolibri. jangan sentuh dunia. seimbangkan dirimu diatasnya, tanpa bersandar padanya dan mengambil apa yang kau perlukan.

jika burung kolibri kehilangan keseimbangan dan mendarat pada bunganya, tangkainya akan patah dan serinya akan hilang.

seperti itu jika kau kehilangan keseimbanganmu. kau akan mendarat didunia dan jatuh. jadi, tetaplah dalam keadaan seimbang, dan katakan "tiada tuhan selain Allh.

rasakan madu itu. ia berasal dari samudera kebijaksanaan. tatkala kau telah merasakannya, kau akan mengerti...



-cilok

10 Disember 2009

aku tak mahu curang

tanpa diundang dia datang dalam hidup aku. menagih kasih dari aku barangkali.

walau tubuhnya kecil molek, agak pemalu, hati aku langsung tak terpaut padanya.

aku paham perasaan isteriku. mana mungkin dia sanggup berkongsi kasih. begitu juga aku, tak sanggup nak menduakan kasih. apatah lagi bila aku mengenangkan anak-anak.

pernah aku suarakan dengan cara yang berhemah agar dia tak menganggu keluarga aku, tapi permintaan aku langsung tak dihiraukan.

terlintas juga dalam kepala, nak di c4 kan je. tapi nanti isteri dan anak-anak aku terbabit sama..

kali ni aku nekad, akan aku ridset kan lipas yang semakin lama semakin manja dan mengada-ngada..

24 November 2009

nilai waktu

waktu adalah anugerah Allah.

untuk mengetahui nilai satu tahun,
tanyakan pada seorang siswa yang gagal dalam ujian kenaikannya.

untuk mengetahui nilai satu bulan,
tanyakan pada seorang ibu yang melahirkan bayi pramatang.

untuk mengetahui nilai satu minggu,
tanyakan pada editor majalah mingguan.

untuk mengetahui nilai satu hari,
tanyakan pada seorang buruh harian yang punya enam anak untuk diberi makan.

untuk mengetahui nilai satu jam,
tanyakan pada kekasih yang sedang menunggu waktu untuk bertemu.

untuk mengetahui nilai satu minit,
tanyakan pada seorang yang tertinggal pesawat.

untuk mengetahui nilai satu detik,
tanyakan pada seorang yang selamat dari kecelakaan.

untuk mengetahui nilai satu milidetik,
tanyakan pada seorang yang memenangi medal di olimpik.



- cilok
layan..

13 November 2009

pindah rumah.

lepas isyak atok balik dari mesjid, solat dua rakaat, wirid macam kebiasaannya. aku yang balik lebih awal dari atok sempat melepak depan tv sementara atok menyudahi rutin hariannya untuk makan malam bersama.

selepas makan dan berehat sebentar, atok bangun untuk keluar. aku juga bingkas bangun untuk mengikuti atok. nenek sudah maklumkan pada aku malam ini atok nak pindahkan jin.

atok menahan aku dimuka pintu. tak benarkan aku mengikutinya.

"tak payah ikut laa.." pujuk atok lembut.

"ala.. nak tengok dari jauh je" rayu aku.

"kau tak mampu nak tengok wajah dia" balas atok.

"wajah sebenar dia bukan macam yang kau bayangkan. tak pernah terlintas pun dalam kepala kau wajah dia. kau tak mampu, tak sanggup nak tengok dia" terang atok meyakinkan aku.

aku akur walaupun teringin sangat nak tengok macamana atok pindahkan jin. selepas atok keluar, aku terus tutup pintu.

tak semena-mena terasa angin kencang kuat memukul rumah atok. terasa rumah usang atok bagai nak tercabut.

aku duduk dekat dengan nenek. sebab nenek pun bukan calang-calang orangnya. keturunan pendekar. apa-apa hal tentu nenek akan melindungi aku.

sudah setengah jam ribut yang kuat melanda rumah atok. nenek cakap atok dan jin sedang bertengkar. cari jalan penyelesaian.

selepas hampir satu jam, tiba-tiba ribut berhenti serta-merta. lima minit kemudian atok masuk kerumah. aku lihat hidung dan pipinya berkilat. itu tandanya atok gembira kata nenek.

"macamana tok?" soal ku tak sabar.

"macamana apa?" soal atok pada aku pulak.

"jin tu la.." balas aku.

"ala.. ngada-ngada, nak pindah rumah pun mintak didukung" jelas atok.

"atok dukung la" tanya aku lagi.

"ye dukung. kalau tak, tak mau pindah." balas atok sambil menghirup kopi o panas yang disediakan nenek.

12 November 2009

fatimah

ketika nabi muhammad menikahkan fatimah dengan ali bin abi talib, baginda mengundang abu bakar, umar dan usman untuk membawa persiapan fatimah.

mereka tertanya-tanya tentang persiapan yang dikatakan oleh rasulullah untuk puteri kesayangannya itu.

lalu mereka mendapati bahawa persiapan tersebut hanyalah alat penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.

apabila abu bakar mengetahui perkara itu, dia menangis.

"wahai rasulullah, apakah ini saja persiapan untuk fatimah?" soalnya.

nabi menenangkannya lalu menjawab dengan lembut "wahai abu bakar, ini sudah mencukupi bagi orang yang berada didunia.

fatimah yang menjadi pengantin pada hari itu kemudiannya keluar daripada rumah dengan memakai pakaian yang baik, tetapi dengan 12 kesan tampalan pada pakaiannya..

08 November 2009

katak

semalam..

kadiaq: aku, mu dok gi nyokong saing kito ko?

aku: aik? bila hang jadi orang kelantan ni?

kadiaq: kawe klate.. mugo bini kawe ore klate..

hari ini..

aku: kadiaq, malam tadi hang pi stadium ka?

kadiaq: den poie ngan jenal. rugi ekau tak ikut samo. punyo la best..

aku: aik? semalam hang orang kelantan..
ceh..

kadiaq: hehehe

06 November 2009

feri

pagi tu aku bangun awal. tak payah mak kejutkan aku macam selalu.

dalam usia bebudak, selalunya mak akan mandikan aku dan adik dengan air suam agar tak kesejukan. sayang mak pada anak-anak..
hari tu aku mandi sendiri. tak perlu mak nak mandikan. mak senyum je..

aku terasa amat gembira bila malam tadi bapak cakap sok pagi kami akan pegi pekan sari jerantut.

waktu tu bapak belum ada motorsikal apatah lagi kereta. yang menjadi kebanggaan kami cuma sebuah basikal tua..

aku dan keluarga menaiki bas. sesak, padat. masing-masing nak ke jerantut.

sampai dijerantut feri, bas berhenti. semua penumpang turun sebab kami semua akan menaiki feri untuk keseberang sungai pahang.

feri ini lah yang membuatkan aku teruja sangat nak ke jerantut. feri yang ditolak dengan sebuah bot.

sampai keseberang, kami akan menaiki bas lain yang sudah sedia menunggu disana.

sekarang feri sudah tak ada..
hanya kenangan yang tak akan pupus diminda..

05 November 2009

...fikir

apakah otak ini berfikir?

atau ianya sendiri zat yang berfikir,
atau ada kuasa yang menjalankan fikir,
dan apa pula yang difikirkan sekiranya yang wujud ini adalah zat semata-mata..




- cilok
Topeng minda

02 November 2009

aki.. si gila

dalam perjalanan dari kemaman ke jengka, aku dan pak chat singgah di kuantan.

perut yang sedari pagi belum diisi, berkeroncong..

selesai mengisi tembolok masing-masing, sementara menunggu makanan sampai kehentiannya, kami berbual-bual sambil menikmati gudang garam pak chat.

pak chat terpandang seorang yang kurang siuman. lantas pak chat mengajak aku berbual dengan orang tersebut. memang perangai pak chat suka melayan orang kurang siuman atau orang gila.

pak chat menghulurkan gudang garam, disambut baik, beradap, bersopan oleh orang gila.

pak chat: aki nok kemane ni?

orang gila: saje je musing sini ah, nengok amenda keja deme..

pak chat: moh ikut keh, kita pegi pancing..
(hutan lipur pancing lebih kurang 45 minit dari kuantan)

orang gila: aok pegi naik menda?

pak chat: naik keta, keh bedua je aki. moh le. karang aki nok balik, keh anto la..

orang gila: aok pegi la dulu, aki pegi sendiri. naik moto beso aki ni ha..

sambil menggayakan sedang menunggang chooper. aku terasa nak ketawa. tapi takut plak. kena pelangkong, sia-sia je.

setelah bersalam-salaman dan minta diri, kami pun teruskan perjalanan.

lebih kurang 45 minit kami sampai di hutan lipur pancing.
sebaik saja pak chat berhentikan kereta, aku dan pak chat tergamam, aki dengan gaya menunggang choopernya berada disebelah pintu pak chat..

orang gila: kan aki dah kabo, aok sampe je, aki pun sampe..

29 Oktober 2009

terima kasih 2

pada 22hb lepas anak-anak aku keluar dari wad.

pada 24hb, anak aku yang kedua dimasukkan semula ke wad atas sebab yang sama.

dan pada hari ini 29hb, anak aku dibenarkan pulang.
rasa seronok dapat berkumpul sekeluarga semula.

aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada para doktor-doktor pakar, doktor-doktor, staf nurse dan siapa jua yang terlibat merawat anak aku dan melayan isteri aku..

moga-moga jasa kalian dibalasNya..

22 Oktober 2009

terima kasih

hari ahad lepas anak aku yang bongsu masuk wad. jangkitan kuman kat paru-paru kata doktor.

selang sehari pastu, kakak dia pulak masuk wad. jangkitan yang sama. tapi tak seteruk adiknya.

maka kami semua berkampung dihospital.

hari ini anak-anak aku diizinkan pulang. pemakanan ubat disambung dirumah..

terima kasih pada doktor, staf nurse, redicare dan teman-teman satu wad diwad 5B hospital serdang atas kemesraan kalian kepada kami.

moga sok-sok kita jumpa lagi..

15 Oktober 2009

rehat

baling kasut sama itu bush, bleh rehat di switzerland tiga bulan.

agak-agak kalau aku baling kasut sama itu optimus prime minister, dapat berehat kat mane ye..
berapa bulan pulak..

12 Oktober 2009

seorang tua dikaki gunung

ibu sartini menyambut kedatangan kami dengan gembira. adipati tiada kerana kerumah tok ayah seratus meter dari situ.
selepas berbasa-basi dan bertanya khabar, kami meletakkan beg dan menuruti kerumah tok ayah..

tok ayah asalnya dari pattani dan menetap disini sudahnya. guru kepada adipati ini masih kelihatan gagah biarpun sudah berusia 96 tahun. anak-anak, menantu dan cucu-cucunya tinggal bersamanya dirumah sederhana itu.

selalunya selepas subuh tok ayah akan memasak untuk bekalan anak-anak, menantu serta cucu-cucunya bekerja dan bersekolah. kemudian dia akan menyeluk saku baju lusuhnya mengambil wang buat belanja sekolah cucu-cucunya.

hingga hari ini wak tertanya-tanya bagaimana tok ayah mempunyai wang yang tak pernah putus dari sakunya.

bila mentari naik, dia membawa makanan kebelakang rumah untuk ayam itiknya, kucing peliharaannya dan juga kambing..
kemudian dengan kudrat tuanya, tok ayah akan memanjat bumbung serambi rumah dan meletakkan makanan buat santapan burung-burung liar dihutan..

sebelum menyiram pokok bunga, wak pernah melihat tok ayah mencangkung disudut rumah memberi makan kepada semut-semut. pernah juga sekali wak melihat tok ayah meletakkan sejengkal ranting melintang longkang kecil, "biar mudah semut menyeberang" katanya..

tok ayah kelihatan sihat dan gembira dengan kedatangan kami. riuh mulutnya bercerita dan dalam ceritanya juga ada berbagai-bagai ilmu dicurahkan.

tok ayah memasak dan menghidangkan kami dengan masakan yang walaupun sederhana tetapi terasa enaknya..
air tangan insan yang tulus.

tok ayah tidak makan bersama sebaliknya dia menghiburkan kami dengan nyanyian dan lagu puji-pujian kehadrat tuhan. kami terhibur..

kami meninggalkan rumah tok ayah sekitar jam 11.30 malam. tidak sampai 20 meter berjalan, teman wak kembali kerumah tok ayah kerana kameranya tertinggal..

sewaktu dia sampai kepada kami semula, terdengar teman wak mengesat hidungnya yang berhinggus seperti baru menangis. belum sempat bertanya, dia berbisik ketelinga wak, "wak tau.. sewaktu aku sampai dimuka pintunya,aku lihat tok ayah sedang makan sisa kita yang jatuh dilantai..!"



- cilok
WAK JONO



ps: aku pernah ceritakan kisah ini pada seorang sahabat. dia menangis hinggalah aku selesai bercerita. sambil dia berlalu tinggalkan aku, dia dok kata..
"syurga tu, syurga tu, syurga tu.."

07 Oktober 2009

mimpi hayat

sekiranya insan ini dipintarkan, maka tidak akan ada perbezaan antara pintar dan bodoh, berilmu dengan tanpa ilmu, kaya dan miskin..

sesungguhnya tiada perbezaan walau sezarrah pada "mimpi hayat" ini.




- cilok
TBS
Bayan At-Taslihin

06 Oktober 2009

senyum

sewaktu aku naik lif untuk ketingkat sepuluh, lif berhenti ditingkat dua.
masuk dua manusia lelaki dan perempuan.

aku agak mereka pasangan kekasih dari tingkah laku yang mesra.

yang lelaki, mat skema dan yang perempuan minah ranggi.

yang minah ranggi ni cukup ramah. menyapa aku, senyum selayaknya seorang manusia.

yang mat skema ni sombong nak mampus! membelakangkan aku. menyapa pun tak nak, apatah lagi senyum.

masa aku pegi kandang lembu bapak aku pun lembu senyum kat aku.

nak je aku bertukar jadi incredible hulk! kasi terajang seround..

01 Oktober 2009

matahari dan bumi

malam tu aku pergi rumah pak lebai. dah lama tak berbual dengan dia.

matlamat utama tu nak usha anak dia.. nina. buah hati pengarang jantung.

lebai: aku, apa yang lu tau la, matahari mengelilingi bumi atau bumi mengelilingi matahari?

aku: tentu la bumi keliling matahari. gua belajar kat sekolah macam tu.

lebai: mmm.. ajaran sesat tu..

aku: nape lu kata ajaran sesat lak?

lebai: nina! ambilkan tafsir quraan ayah..

laung pak lebai pada nina. ah.. terubat gak rindu nak tengok nina..
nina keluar dengan senyum simpul. senyum kat aku la tu..

lebai: nah, cuba lu buka surah yaasin. baca ayat 38..

aku: dan matahari berjalan ditempat peredarannya. demikian ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

lebai: habis camane lu kata bumi keliling matahari?

aku: dah gua belajar macam tu. lagi pun pak lebai, saintis yang kaji.

lebai: abis lu nak percaya saintis ke nak percaya quraan?

aku: mmm.. errr

30 September 2009

buai

sekitar jam enam petang lebih sikit hari ini, waktu aku nak mandi.

aku terasa badan aku dibuai-buai. ingatkan pening, tapi aku tak demam.

aku terpandang tuala dipenyangkut, tuala pun goyang!

tahu lah aku ini mesti gempa bumi atau tsunami lagi..

aku pun sepantas kilat pakai baju seluar, keluar ketepi jalan..

28 September 2009

anton

zaman menoreh getah dulu, aku ada seorang kawan indonesia yang mengambil upah menoreh getah. anton namanya..

satu hari aku diajak ke sungai, untuk membuang minyak pengasih katanya.

nasib baik zaman tu zaman battle of the band, clash of the band, hikayat rock, morbid angel, bulldozer, nicronomicon, hantu setan. awek-awek ni tak main la. kalau tak, mau aku jadi pewaris minyak tu..

sampai disungai, anton mencangkung digigi air. mulutnya kumat kamit. entah jampi serapah atau maki hamun apa yang dia baca, aku tak tau.

aku relek je, tak rasa takut pun. metal mana takut hantu.. hehehe

habis je baca apa ntah, anton buka gengaman tangannya. aku nampak sebotol kecik macam botol minyak atar. diikat dengan benang kuning.

anton memegang botol tu dengan dua jari. perlahan-lahan diletakkan diatas permukaan air, dilepaskan. botol tu terapung-apung dipermukaan.

anton berserapah lagi, aku lihat botol tersebut mula bergerak untuk hanyut.

aku gabra jugak bila tengok botol tu tidak mengikut arus sungai, tapi botol tu melawan arus. anton senyum, tanda dia berjaya agaknya.

terus gue ngajakin anton pulang. nggak mau lama-lama dipinggir kali..

26 September 2009

kemudahan

pagi tadi aku lihat-lihat akhbar yang dijual disebuah kedai runcit.

aku terminat nak baca sebuah akhbar dengan tajuk "kami ahli surga" oleh seorang penyanyi pengikut rasul melayu.

bila dah baca sebelah belakang, dua muka penuh khas untuk kaki nombor.

kaki-kaki nombor harus berterima kasih kepada pehak akhbar dan kerajaan kerana memberi kemudahan ini kepada mereka.

kepada yang kaki solat, sori!
lu orang punya 'waktu solat' secoleh je..

23 September 2009

takutkan setan

malam raya pertama tu, aku lambak mercun kat anak-anak sedara.
seronok betul aku tengok diaorang. nasib baik tak ada yang putus jari.

dalam seronok tu aku berbual dengan salah seorang anak sedara aku yang umurnya empat tahun.. akmal.

aku: seronok ke akmal main mercun?

akmal: seronok la pak ngah. jom la pak ngah main sekali.

aku: tak nak la. nanti jari pak ngah putus, tak boleh nak ganti.

akmal: akmal tak pe, kalau jari putus, nanti tumbuh semula sebab akmal budak lagi.

aku: hahaha sape cakap?

akmal: abang hehehe

sedang diaorang asyik membakar mercun, aku potong stim..

aku: dah, dah, dah simpan malam esok pulak..

akmal: relek la pak ngah, malam ni kan setan kena lepas. kami tengah takutkan setan la ni. kalau tak nanti setan kacau manusia..

aku keluarkan gudang garam sebatang, bakar, pus pus pus...

22 September 2009

anak rantau

pak imam kat kampung aku cakap, raikan lah anak rantau yang pulang. kerana mereka menyabung nyawa untuk sampai kekampung..

jadi masa hari raya, aku diraikan sungguh-sungguh.

kerana aku anak rantau..

15 September 2009

i'dul fitri

ramadhan yang dulu aku tunggu-tunggu sekarang aku didalamnya.

dan kini ramadhan sudah sampai kepenghujungnya.

aku menipu diri sendiri andai aku tidak gembira menyambut syawal yang bakal menjelma.

dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut i'dul fitri kepada rakan-rakan dialam maya dan juga dialam nyata.

aku andaikan kalian bak keluarga. yang tua yang muda kita gembira bersama, tegur menegur terlajak kata.
ah.. tanpa kalian, aku ni siapa.. blog kuman yang menumpang ceria..

sempena i'dul fitri ini, aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin, dunia dan akhirat dari kalian semua andai aku terlajak kata yang sengaja, menulis yang entah apa.

yang pastinya aku gembira bersama-sama kalian..

selamat menyambut i'dul fitri buat semua..




14 September 2009

penghujung..

suara: hoi aku! menung nampak..
apa hal?

aku: sedih la. bulan puasa dah nak habis..

suara: sedih? kahkahkahkah..

aku: kenapa kau ketawa?

suara: kau tipu! bila bulan puasa habis, senang la kau isi tembolok kau bila-bila masa kau suka.

aku: aku tak fikir sangat pasal makan. aku cuba merasakan apa yang sang fakir rasakan.

suara: hoi penipu! kalau kau tak fikir pasal makan, kenapa tiap petang kau membeli juadah yang kau sendiri tak mampu habiskan...?!!

aku: aku tak mampu nak habiskan takut aku tak larat nak bertarawikh..

suara: kau bertarawikh sebab kau mahukan ganjaran dariNya kan?

aku: mestilah.. itu kan dah dijanjikan.

suara: jadi kau gandakan ibadat sebab nakkan balasan la tuu..
tak ikhlas la amalan kau!

aku: kalau semuanya salah, apa yang perlu aku buat dalam ramadhan yang tinggal beberapa hari ni...?

suara: mana la aku tahu! kau yang berpuasa..

hati aku semakin sayu, semakin sedih. sedih kerana ramadhan akan pergi atau sedih kerana tiada apa yang aku perolehi pada ramadhan kali ini..
aku sendiri tak pasti.

12 September 2009

laila

trettt..trettt..trettt

henpon aku melalak..

aku: helo..

henpon: helo, assalamualaikum.

aku: walaikumsalam warohmatullah.

henpon: boleh saya bercakap dengan encik aku?

aku: ya saya. sape ni?

henpon: saya laila...

aku: laila? laila mana ni? saya tak ada kawan nama laila. awak salah orang ni.

henpon: saya tak salah orang la encik aku, saya lailatulqadr..

aku terbungkam, terkedu..

henpon: saya ingin berjumpa dengan encik aku disepuluh terakhir bulan ramadhan ni.

aku: ya ya boleh..

henpon: tapi encik aku mestilah cukup segala syarat..

aku: apa syaratnya..?

tuuuuuttt......
talian terputus..

...ahh aku mimpi rupanya..

bazar ramadhan

minggu lepas aku balik kampung. petangnya aku bawak adik beradik aku pegi bazar ramadhan kat pekan.

sekali-sekala balik, seronok gak bershopping kat bazar ramadhan ngan adik beradik.

macam-macam ada. murtabak setebal empat cm. ikan sungai bakar, somtam pun ada.

galak gak diaorang memilih. penuh jugak jari dengan plastik juadah berbuka. aku layan je.

masa nak balik, ada sorang mak cik datang dekat aku. raut wajah dia tenang je. bila dah dekat, dia cakap sesuatu, perlahan..
aku tak dengar.

aku dekatkan telinga dan tanya apa yang dia cakap tadi.
mak cik tu cakap, "nak, mak cik mintak tiga ringgit. nak beli makanan buat buka puasa."

tetiba aku rasa sebak. macam nak jatuh air mata. terasa ada seketul batu besar hempap kepala aku.

aku arahkan adik beradik aku tunggu kat kereta. aku ajak mak cik tu beli juadah berbuka.

sambil membeli juadah buat mak cik tu, aku dah tak mampu nak cakap apa-apa, nak tanya apa-apa. sedih, kesian bercampur-campur. ucapan terima kasih tak putus-putus dari mulut dia.

agak-agak juadah yang aku belikan tu boleh tahan sampai dia bersahur, aku minta diri. sambil tu tanpa pengetahuan dia, aku masukkan beberapa keping not merah dalam salah satu beg plastik juadah dia.

aku terus blah. moga-moga mak cik tu kenyang dan boleh terus berpuasa..

hati aku terguris. serius..

sedang yang diatas sibuk bershopping sampai keluar negara, yang dibawah masih ada lagi yang tak makan!!!!

07 September 2009

akhir puasa

sepuluh terakhir bulan puase nanti:

kena check baju melayu, baju kurung, kebaya dah siap belum.

langsir yang ditempah dah kena ambik..

kain baju seluar yang nak dibuat melaram dah beli ke belum.

kereta motor yang nak digunakan nanti kena servis baik-baik, tambah eksesori..

stok mercun bunga api dah cukup belum untuk pesta nanti.

begitulah selalunya kita..

06 September 2009

aji sahak

lepas solat tarawih, aku sempat berbual dengan hj sahak.

hj sahak adalah seorang ahli tabligh tegar. merata tempat kat bumi ni dia pegi.

aji bercerita pengalaman dia berpuasa sambil keluar berdakwah empat puluh hari.

dalam malam-malam terakhir bulan ramadhan entah tahun bila entah. aji sedang iktikaf dalam masjid semasa dia keluar empat puluh hari.

tiba-tiba dia nampak ada orang naik sampan, berkayuh sampan hingga kedalam masjid. berhenti ditepi mimbar dan orang tu turun dari sampan lalu solat dua rakaat.

selesai solat, orang tu naik semula keatas sampan lalu mendayung keluar.

aku tanya aji sape orang tu? aji jawab dia pun tak tahu. hanya mampu perhatikan je. untuk menegur sapa, semuanya kelu..

31 Ogos 2009

kena tipu..

sok aku isi minyak dengan harga yang sama tapi dengan kualiti yang tak sama.

kena tipu lagi...

30 Ogos 2009

negaraku

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan kepada negaraku.

tak kiralah apa yang dimaksudkan dengan merdeka..

merdeka..!!
merdeka..!!
merdeka..!!

28 Ogos 2009

tipu tuhan

petang tadi sambil tunggu waktu berbuka, aku lepak ngan kengkawan.

topik tentang tarawih diaorang bualkan.

pak mud cakap, dia tak berapa kuat nak folo pak imam yang baca surah panjang. jadi dia akan mula solat bila jemaah hampir rukuk dalam rakaat pertama. tetap dikira berjemaah gak kan tanya pak mud..

pak tam lagi best, dia mula solat bila jemaah dah nak rukuk dalam rakaat kedua..
"aku pun tetap dapat pahala jemaah kan?" tanya pak tam.

pak musa menyampuk..
"pandai sungguh kau orang tipu tuhan ye..."

26 Ogos 2009

bogel..!!

maka berkatalah hamba Allah bernama zemi menjawab persoalan dari ketilempuk, siapakah yang akan menang di PRK permatang pasir nanti?

jawab zemi:

lebih baik kau tanya aku soalan 1=1=berapa?
satu ja jawapan aku.

kalau BN menang, aku berlari bogel sepanjang jambatan pulau pinang.

tapi kalau PAS menang lebih daripada 4000 undi, aku akan berlari bogel dari pulau pinang sampai kuala lumpur.


aku: dalam bulan pose ni, ada gak yang pening ye..




- cilok dari Pria Malaya.
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

25 Ogos 2009

pulak dah..

petang tadi masa aku shopping juadah buka puasa..

sorang makcik jambul jual jamu kata, sebat tu satu hukuman yang menggerunkan..

kat sebelah dia, pakcik jual kopiah kata, bulan puasa ni tak molek nak laksanakan hukuman..

kat depan dia, mamat jual keris (sambil membelek-belek keris) kata, kita mana ada tukang sebat..

aku beli kueh akok singgit, balik..

24 Ogos 2009

denda

denda RM5,000 dan enam sebatan sebab tonggang arak beri gambaran malaysia amal sistem syariah yang menggerunkan!

camane la kalau hudud terlaksana.
bukannya enam sebat. kalau tak silap lapan puluh sebat.

semalam gua buka minum neskape. ari ni nak minum kopi o ais plak..

20 Ogos 2009

tak lama lagi dah

tak lama lagi dah. sempat ke tak tak tau..

moga-moga aku sempat berada didalam bulan yang penuh keberkatan..

18 Ogos 2009

isk isk isk..

telefon,
telefon berbunyi..
ada haiwan dalam bahaya..

apa yang penting,
kerjasama..
apa yang penting,
kerjasama..
wonderpet,
wonderpet,
kami datang..


gua jadi pengasuh ari ni..
isk isk isk..

17 Ogos 2009

gelombang kedua

orang ramai yang bimbang dengan angka kematian yang meningkat kononnya akibat gelombang kedua selsema babi adalah tidak benar kata pengarah bahagian kawalan penyakit, kementerian kesihatan, datuk dr. hasan abdul rahman.

pemberitahuan berlakunya gelombang kedua akan diumumkan oleh pertubuhan kesihatan sedunia.

jika gelombang kedua berlaku, virus tersebut boleh merebak dengan cepat seperti spanish flu pada 1918 yang mengorbankan berjuta-juta orang!

jadi gelombang kedua belum tiba. sekali lagi, BELUM TIBA! bermakna mungkin akan tiba..

sama-samalah kita memohon agar kita rakyat malaysia dijauhkan dari virus ini..



- cilok dari kosmo!

16 Ogos 2009

bertapa

dulu masa aku dikampung, aku ada kenal seorang yang suka bertapa.

nama sebenar dia aku tak tau dan aku tak pernah tanya. aku panggil dia pak lang je.

pak lang bukanlah penduduk dikampung aku. dia asal dari kedah bersempadan dengan siam. loghat pak lang pun adalah loghat orang kedahsiam. pak lang orang mendatang dikampung aku.

pak lang kerap pergi bertapa. aku pun tak pernah tanya untuk apa dia bertapa. yang aku selalu tanya adalah pengalaman semasa dia bertapa.

ada satu ketika tu cerita pak lang, dia diuji dengan perkara-perkara yang menggerunkan.

pernah dia didatangi seekor harimau yang besarnya dua kali ganda kerbau. datang hanya untuk mengibas ekor kemuka pak lang. kemudian menghilang.

pernah juga pak lang didatangi seekor ular sebesar sport rim 17. datang melingkari pak lang, seharian mengelilingi pak lang kemudian baru pergi.

pernah juga seorang puteri cantik datang menggoda. bila tak berjaya menggoda, puteri bertukar rupa. pak lang kata rupanya buruk tak pernah terlihat dek mata.

pak lang pernah gagal dalam pertapaannya bila satu hari dia diuji dengan seekor katak.

sedang pak lang khyusuk dalam bertapa. dia terdengar seperti suara orang yang sedang bersusah payah mengangkat sesuatu yang amat berat.

bila pak lang buka mata, ada seekor katak pisang yang kurus melidi sedang memikul tong getah 50 kg. lagak macam manusia memikul. berjalan terhoyong hayang kerana beratnya tong getah.

melihat gelagat katak pisang tersebut, pak lang tergelak besar.

perlahan-lahan pak lang mengemas barang, pulang..

14 Ogos 2009

aku tah paham..

tok khatib ari ni cerita bab bala dari Allah.

macam biasa, dia belasah kerajaan BN dah semestinya. penyokong PR senyum je. penyokong BN masam mencuka..

aku cam biasa la, sampai ke alam entah berentah.. hehehe

tok khatib kata virus H1N1 ni bala dari Allah yang diturunkan kerana umat islam semakin terpesong.

jadi kita sebagai umat islam kena betulkan semula. jika tidak, tak mustahil bala yang lebih besar akan ditimpakan keatas kita.

yang aku musykil, kenapa negara yang kapir sepenuhnya tak kena bala pulak?
kenapa negara yang ada umat islam je yang dikatakan kena bala?

tolong pahamkan aku weh..

07 Ogos 2009

tambah power

seorang ahli perniagaan jeddah, mencatat sejarah sebagai pemilik alat pembesar zakar termahal didunia apabila memesan produk yang bernilai lebih RM164,000.

mamat ni nak produk tu dibuat guna emas 18 karat dan dihias 40 butir berlian dan batu delima.

bila dah siap, produk tu akan dihantar guna kereta perisai.

mamat ni kata, dia ada alahan kulit kalau alat tersebut dibuat dari besi tahan karat biasa...

apa barang guna alat, pakai yang ori la..
yang ori pun dah pecah peluh..
ngeh ngeh ngeh

03 Ogos 2009

layan..

1 ogos 2009

malam tu aku berhibur didataran shah alam.
ntah apa yang nak dikatakan lagi tentang meor, nik, pyanhabib, airmas dan yang lain-lain.

diaorang ni hebat bagi aku. ada klas tersendiri. aku terhibur..
aku pun sempat sambar airmas punya cd.

2 ogos 2009

aku terlewat malam tu. satu show dah terlepas. show usratika aku tak dapat layan..

aku sampai je kat dataran shah alam, dendang anak dah siap-siap nak on. lagu pertama diaorang, ulek mayang..
bikin roma gua meremang, zouk kot hehehe..

aku akui kata-kata mc malam tu, dendang anak dasat..
sape-sape yang pernah tengok show diaorang, tau la..

oleh sebab tu, setiap inci, setiap skala ritcher dendangan dendang anak aku hayati..

dan dua malam aku berkunjung kedataran shah alam, aku hepi..

30 Julai 2009

tumpang hepi..

dua hari sudah aku pi bentong. pi tengok adik aku dah selamat bersalin kat spital bentong. buleh anak jantan..

masa aku kat lebuhraya karak, bawak keta relek ja. sambil layan lagu nik..
tup-tup ada sebijik keta potong aku.

mazda 323 sedan rasanya.aku jahil gak pasai keta ni. slow ja depa potong.

aku kerlin, aku tengok pat anak muda, cukup hepi depa ni.depa borak pasai apa tak tau.pasai bunuh ISA kot.

aku pun folo depa. aku rasa ada sesuatu yang menarik kat depa ni. aku tengok depa ni, aku jadi syok nak habaq mai..

sat-sat aku blah kiri depa, sat-sat dok blah blakang, bila aku dok blah kanan depa..

tu dia..
teh o ais pakat dok begayut kat side mirror..

depa ni memang hepi sampai aku pun tumpang hepi..

aku gelak sampai ka bentong..

29 Julai 2009

moh kite..

SELANGOR FESTIVAL MUSICAL EXTRAVAGANZA

1 sampai 9 ogos.

siangnya dah letih berkejar-kejaran dan membunuh* di kolumpo, malamnye kite rehat santai di shah alam..
jom kita layan sama-sama..



* bunuh ISA!

27 Julai 2009

dulu-dulu

dulu masa aku kecik-kecik, zaman sekolah rendah, kat rumah belum ada tv.

zaman tu rata-rata orang belum ada tv. zaman susah. tapi aku masa tu tak rasa susah pun. budak-budak.. apa tau..

zaman tu zaman paip air tepi jalan, kongsi ramai-ramai, pelita minyak tanah, hebat kit ada la lampu gaselin, dapur kayu, hebat kit ada la dapur bersumbu.

bila nak maghrib je, cepat-cepat mandi, nak ke masjid. niat sebenarnya nak pegi tengok tv..

pas sembahyang maghrib kat masjid, ramai-ramai pegi kedai. ada satu kedai makan yang letakkan tv kat luar khas untuk tatapan mereka-mereka yang takde tv.

kami akan duduk beralaskan kertas atas tanah. macam tengok wayang pacak. tv hitam putih je,guna bateri. tapi best nya lain macam.

feveret aku dah tentu la cita combat. cite lain pun best gak. aku pun dah tak berapa ingat tajuknya. tuan kedai akan tutup tv bila cita dah habis. tak akan dapat tengok cita lain.

abis cita aku ramai-ramai jalan kaki balik rumah. biasanya sampai simpang kat rumah aku, aku kesorangan. jam tu aku lah pelari pecut terpantas diatas mukabumi..

24 Julai 2009

penggali kubur

masa dikampung dulu, waktu masing-masing belum mau berhijrah. masing-masing nak tolong mak bapak noreh la konon-konon.

bila ada kematian, aku dan geng-geng akan sama-sama tolong menggali kubur. kami diketuai oleh seorang otai. tok penghulu gelarannya. dia ni juga tok siak dimasjid.

tok penghulu ni pun ada orang kanan dia. pak sani. tapi sekarang dia dah arwah.

ada gak perkara yang aneh berlaku ketika aku berkecimpung dalam kerja disektor penggalian ni. tapi takde la sampai takut tahap nyang rapit. dan aku pun bukan la berani tahap ong bak.

dikampung aku ni, kalau ada satu kematian, tak berapa lama selepas tu akan ada satu lagi kematian. selepas tu akan ada tempoh yang panjang. maknanya kematian tu seperti berpasang.

semasa sedang menggali, kalau ada seekor lalat besar terbang masuk dan keluar dari kubur cam kapal terbang ba ba black ship bermakna jenazah sudah menghampiri kubur. kena cepat-cepat la buat finishing.

liang lahad kami buat ditepi. ditutup ngan papan. siap ngan bantal tanah. dan aku pernah dipelawa oleh tok penghulu untuk test pembaringan tersebut. aku tak berani..! belom time lagi beb..

pernah gak kami menggali waktu malam. bulan pose. hantu kena rantai jadi takat takut sikit-sikit la.

kini dikampung aku kubur digali menggunakan backhoe. tinggal tacap kit-kit je.

kepada mereka-mereka yang pernah aku gali kuburnya, maaf jika finishing aku tak memuaskan..

22 Julai 2009

kabus

biasanya dari rumah, aku akan dapat melihat menara kl, klcc.

seawal pagi aku duduk diluar rumah, dengan cuaca dingin-dingin teh ais, kabus tebal disana sini. dalam hati macam kat oversee..

tapi bila dah keluar matahari, kabus tak nak juga lari..

ceh.. jerebu datang lagi.




* benludin, jasadbeku gua tak bleh nk msk komen blog lu.mslh teknik kot..

20 Julai 2009

sedih tapi benar

sambil dok membelek kuping-kuping luka yang kian kering, aku layan satu lagu..


Hey
I'm your life
I'm the one who take you there
Hey
I'm your life
I'm the one who cares

They
They betray
I'm your only true friend now
They
They betray
I'm forever there

I'm your dream, make you real
I'm your eyes when you must steal
I'm your pain when you cant feel
Sad but true

I'm your dream, mind astray
I'm your eyes while your away
I'm your pain while you repay
You know its sad but true


You
Youre my mask
Youre my cover, my shelter
You
Youre my mask
Youre the one whose blamed

Do
Do my work
Do my dirty work, scapegoat
Do
Do my deeds
For youre the one whos shamed


I'm your dream, make you real
I'm youre eyes when you must steal
I'm your pain when you cant feel
Sad but true

I'm your dream, mind astray
I'm your eyes while youre away
I'm your pain while you repay
You know its sad but true


Hate
I'm your hate
I'm your hate when you want love
Pay
Pay the price
Pay for nothing fair

Hey
I'm your life
I'm the one who take you here
Hey
I'm your life
And I no longer care

I'm your dream, make you real
I'm your eyes when you must steal
I'm your pain when you cant feel
Sad but true


I'm your truth, telling lies
I'm your reasoned alibis
I'm inside open your eyes
I'm you..

Sad but true

19 Julai 2009

sunan bonang

dikatakan nama asalnya Syekh Maulana Makdum Ibrahim. putera Sunan Ampel dan Dewi Condrowati yang selalu disebut Nyai Ageng Manila.

pada suatu ketika ada seorang Brahmana sakti dari india yang belayar ke Tuban. tujuannya hendak mengadu kesaktian dan berdebat tentang masalah keagamaan dengan Sunan Bonang.

ketika belayar menuju Tuban, perahu Brahmana dan pengikutnya terbalik dipukul ombak. walaupun dia dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri, kitab-kitab yang hendak digunakan untuk berdebat dengan Sunan Bonang tenggelam kedasar laut.

ditepi pantai mereka melihat seorang lelaki berjubah putih sedang berjalan dengan membawa sebatang tongkat. mereka menghentikan dan menyapa lelaki tersebut. lelaki berjubah putih berhenti dan mencacakkan tongkatnya ke pasir.

"saya datang dari india hendak mencari seorang ulama besar bernama Sunan Bonang" kata Brahmana.
"untuk apa tuan mencari Sunan Bonang?" tanya lelaki tersebut.
"akan saya ajak berdebat tentang masalah keagamaan" kata Brahmana. "tapi sayang, kitab-kitab yang saya bawa telah tenggelam kedasar laut".

tanpa banyak bicara lelaki itu mencabut tongkatnya. dengan tidak semena-mena tersemburlah air dari lubang bekas cacakan tongkat dengan membawa keluar semua kitab-kitab yang dibawa Brahmana.

"itukah kitab-kitab tuan yang tenggelam kedasar laut itu?" tanya lelaki tersebut.

Brahmana dan pengikutnya memeriksa kitab-kitab tersebut. memang benar kitab-kitab itu milik mereka. berdebarlah hati Brahmana sambil menduga-duga siapakah lelaki berjubah putih itu.

"apakah nama daerah tempat saya terdampar ini?" tanya Brahmana.
"tuan berada dipantai Tuban!" jawab lelaki itu.

serta merta Brahmana dan pengikutnya menjatuhkan diri berlutut dihadapan lelaki itu. mereka sudah dapat menduga pastilah lelaki berjubah putih itu adalah Sunan Bonang sendiri.

siapa lagi orang sakti berilmu tinggi yang berada dikota Tuban selain Sunan Bonang. Brahmana melupakan hasratnya terhadap Sunan Bonang. malah Brahmana berguru kepada Sunan Bonang dan menjadi pengikut yang setia.

selamat hari lahir

selama empat tahun abi dan umi menanti, akhirnya kau dipinjamkan kepada kami.

hilang segala duka nestapa, segala kesunyian.

ah.. tak tau nak tulis ape..
terima kasih pada yang maha esa atas kurniaNya..

selamat hari lahir yang ke 2 buat alya umairah.
abi,umi dan sha sayang alya..

17 Julai 2009

cuti free

cam selalu, lebih kurang jam lapan malam aku keluar rumah untuk ketempat kerja. naik moto. kerja malam beb..

sampai kat tol puchong, aku tak perasan ada batang besi melintang kat tengah jalan.

habis brek aku tekan. ye tak ye, aku redho dengan apa saja ketentuanNya.

keboomm, langgar besi, tak leh kawal moto, tergolek dog!!!

dan kini aku berehat dirumah selama dua minggu hehehe..

15 Julai 2009

kiblat

diberitahukan kepada aku bahawa esok
16 julai 2009
jam 5.28 petang,
matahari berada diatas kaabah.

jadi pada waktu tersebut, kita boleh check arah kiblat kita betul ke tak..

orang kata arah piring astro pun hala ke kiblat. cuba kita tengok.

..jgn pi tala ke putrajaya plak hehehe..

Gerhana

gerhana matahari :
22 julai 2009?
8.45 pagi?

09 Julai 2009

Hakikat Titik

Apabila,
Makrifat adalah penyaksian Allah,
Hakikat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakikat,
Syariat adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.


Maka,
Syariat adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan sentiasa mengingatiNya,
Hakikat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Makrifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikanNya.


Apabila,
Syariat adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan sentiasa mengingatiNya,
Hakikat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Makrifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikanNya.


Maka,
Makrifat adalah penyaksian akan Allah,
Hakikat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakikat,
Syariat adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.


Apabila dan Maka,
Bersatu dalam Titik,
Titik itu adalah Allah,
Syariat-Tarekat berawal dari Titik,
Hakikat-Makrifat berakhir di Titik.




- dicilok dari indonesia.

05 Julai 2009

seni rakyat

malam tu memang best.

walaupun pertama kali diadakan dikajang, tetap best.

yang berkereta dari perak, dari seremban, yg bermotor dari johor (aku tabik ko bro) dan yang dari sekitar kajang. gembira semua nampaknya.

dan aku tabik pada kulup sakah satu famili. tanpa satu badan yang besar, boleh anjurkan satu projek besar.

dari hal para 'artis' akan aku coretkan kemudian dari pandangan aku.

apapun aku tabik pada semua yang terlibat. special untuk cikgu lee!

moga-moga program sebegini akan kekal..

03 Julai 2009

kampung hakikat

tujuan utama blog aku direka adalah untuk menghimpunkan blog-blog yang menceritakan tentang ilmu mengenal.

aku memohon maaf kepada tuan punya blog yang blognya aku 'kampungkan' disini tanpa keizinan. kepada blog-blog yang belum aku temui, jika ingin 'dikampungkan' disini, akan aku 'kampungkan'.

jutaan terima kasih kepada tuan-tuan yang sudi memberi tunjuk ajar. terutama kepada yang terawal aku jumpa, wak jono, tok batin senoi, umarak dagang, layan..
jasa kalian tak termampu aku balas..

diharapkan dengan terhimpunnya disini, akan memudahkan orang banyak..

27 Jun 2009

kenduri

siang tadi sileman beria-ia sangat ngajak aku bertandang kerumahnya.ada buat kenduri kit katanya.

aku pun akur ngan pujukan sileman.haram aku tak tau mana rumah sileman ni.

pas maghrib aku bawak satu keluarga untuk membelasah juadah yang bakal disajikan.

dalam perjalanan aku helo sileman,nak tanyakan mana rumah.
langsung tak berangkat! hampir dua puluh kali gak aku helo.asyik pompuan yang tak tau cakap lain tu je yang angkat.

angin sudah mari,aku kasi signal kanan,u-turn..

dah sampai rumah,sileman helo.mintak mahap.tipon dalam keta katanya.aku pun mintak mahap sebab aku dah tak mau u-turn semula.

kata gua..
'aku,ko kalau jemput orang datang rumah,tipon gantung kat telinga..'

26 Jun 2009

pembukaan

pada hari ini,aku ada blog sendiri.yang aku sendiri tak tau apa yang aku nak tulis..

dengan lafaz bismillah,aku resmikan blog aku.

moga aku beroleh ilmu darinya..