minggu lepas aku balik kampung. petangnya aku bawak adik beradik aku pegi bazar ramadhan kat pekan.
sekali-sekala balik, seronok gak bershopping kat bazar ramadhan ngan adik beradik.
macam-macam ada. murtabak setebal empat cm. ikan sungai bakar, somtam pun ada.
galak gak diaorang memilih. penuh jugak jari dengan plastik juadah berbuka. aku layan je.
masa nak balik, ada sorang mak cik datang dekat aku. raut wajah dia tenang je. bila dah dekat, dia cakap sesuatu, perlahan..
aku tak dengar.
aku dekatkan telinga dan tanya apa yang dia cakap tadi.
mak cik tu cakap, "nak, mak cik mintak tiga ringgit. nak beli makanan buat buka puasa."
tetiba aku rasa sebak. macam nak jatuh air mata. terasa ada seketul batu besar hempap kepala aku.
aku arahkan adik beradik aku tunggu kat kereta. aku ajak mak cik tu beli juadah berbuka.
sambil membeli juadah buat mak cik tu, aku dah tak mampu nak cakap apa-apa, nak tanya apa-apa. sedih, kesian bercampur-campur. ucapan terima kasih tak putus-putus dari mulut dia.
agak-agak juadah yang aku belikan tu boleh tahan sampai dia bersahur, aku minta diri. sambil tu tanpa pengetahuan dia, aku masukkan beberapa keping not merah dalam salah satu beg plastik juadah dia.
aku terus blah. moga-moga mak cik tu kenyang dan boleh terus berpuasa..
hati aku terguris. serius..
sedang yang diatas sibuk bershopping sampai keluar negara, yang dibawah masih ada lagi yang tak makan!!!!
Purple Hyacinths
6 hari yang lalu
Salam aku.
BalasPadamSatu peristiwa berlaku di Podok Pasir Tumbuh. Seorang remaja miskin menumpang berteduh di Masjid di bulan puasa dan berbuka hanya dengan air sejuk berhari-hari sehinggalah diketahui oleh kariah masjid itu.
Nasib budak itu baik kerana telah diambil sebagai anak angkat oleh satu keluarga yang tidak mempunyai anak dan agak berada. Itulah taqdir Allah untuknya.
hadiah dari allah utk deme buat pahala
BalasPadamwah...kadang-kadang pahala mencari kita.terpulang kat kita nak ke tanak.
BalasPadamanda bertuah!
salam pakdin,
BalasPadamterkadang aku benci pada org yg suka meminta2.
tapi aku cair pada org yg memang memerlukan tapi malu nak meminta2.
semoga budak tu dan keluarga angkatnya sentiasa dirahmati Allah..
salam ben,
sebenarnya tak terlintas pun dlm hati tentang pahala masa tu.
cuma rasa simpati dan bahagia dpt tolong.
salam naddy,
kalau ati kerana Allah, memang terasa bahagia.
sian makcik tu kan..nasib baik ad 0rg mcm aku..
BalasPadami mean awak...hu3
ni buat aku nak bnyk kan bersedekah ni!!
BalasPadamya bahagia tuh sangat cantik tak tergambarkan.klu cam tu dah sampai la tu..
BalasPadamPuasa...byk yang puasa cuma kerana nak raya katak
BalasPadamsharamli,
BalasPadamkalau bukan aku, ada org lain kot. Allah nak tlg m.cik tu, cuma melalui aku.
Pais,
sedekah je sekadar mampu..
Nik,
bahagia je. tak sampai kemana2 pun lg.. hahaha
Ubi,
moga2 puasa kita tak macamtu..