14 September 2009

penghujung..

suara: hoi aku! menung nampak..
apa hal?

aku: sedih la. bulan puasa dah nak habis..

suara: sedih? kahkahkahkah..

aku: kenapa kau ketawa?

suara: kau tipu! bila bulan puasa habis, senang la kau isi tembolok kau bila-bila masa kau suka.

aku: aku tak fikir sangat pasal makan. aku cuba merasakan apa yang sang fakir rasakan.

suara: hoi penipu! kalau kau tak fikir pasal makan, kenapa tiap petang kau membeli juadah yang kau sendiri tak mampu habiskan...?!!

aku: aku tak mampu nak habiskan takut aku tak larat nak bertarawikh..

suara: kau bertarawikh sebab kau mahukan ganjaran dariNya kan?

aku: mestilah.. itu kan dah dijanjikan.

suara: jadi kau gandakan ibadat sebab nakkan balasan la tuu..
tak ikhlas la amalan kau!

aku: kalau semuanya salah, apa yang perlu aku buat dalam ramadhan yang tinggal beberapa hari ni...?

suara: mana la aku tahu! kau yang berpuasa..

hati aku semakin sayu, semakin sedih. sedih kerana ramadhan akan pergi atau sedih kerana tiada apa yang aku perolehi pada ramadhan kali ini..
aku sendiri tak pasti.

9 ulasan:

  1. ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku tempuhi dengan sempurna!!

    BalasPadam
  2. gua pun tertanya2..cukup ke ape yg gua buat sepanjang bulan ramadan ni..tahun depan xthla leh jumpe lagi ke tak dengan ramadan ni..
    selamat ari raye bro..

    BalasPadam
  3. suara siapakah itu? nak kata setan, bulan posa ni setan kena ikat...misteri tu..

    -selamat hari raya bro...

    BalasPadam
  4. :( sedih..iskkk...ishk..selamat hari raya bro

    BalasPadam
  5. Salam AKU,
    Saya fikir, n3-n3 AKU kena dibukukan. Best-best betul.

    BalasPadam
  6. Pais,
    moga ramadhan lu ini taun sempurna..


    sang kegelapan,
    cukup la agaknya, kita buat apa yg termampu..


    ben,
    suara gua punya jin.. hahaha


    ubi,
    jgn sedih2 hahaha. nti raya lu raya sakan..

    BalasPadam
  7. tuan pengasas,
    pujian tu terlampau besar buat aku. aku hanya kuman yg tak mampu utk mendatangkan penyakit atau melawan penyakit..

    BalasPadam
  8. Salam aku.

    Setalah aku kenal "aku". Di bulan mana-mana pun akan menjadi sama!

    Apa yang suara katakan adalah benar.

    BalasPadam
  9. w'salam pakdin,
    aku setuju tu pakdin.
    dan tak ramai yg boleh kekalkan cara ibadat dibulan ramadhan dibulan2 yg lain..

    BalasPadam