19 Disember 2010

fitrah

sewaktu bertemu dengan pakli, banyak perkara yang kami bualkan.

maklumlah sudah agak lama tidak bertemu. masing-masing dengan kerjaya dan famili.
pakli adalah seorang kontraktor elektrikal yang sedang meningkat naik.

perbualan kami atau dengan kata lainnya, ceramah dari pakli untuk aku lebih banyak kepada isu-isu agama. aku lebih kepada mengiakan dan mengangguk saja. lagaknya seperti aku seorang non muslim yang cuba diajaknya untuk memeluk islam.

pakli: kau tau aku, kenapa islam itu agama fitrah? cuba kau cerita kat aku..

tiba-tiba pakli menguji aku..

aku: entah la pakli, kau je la yang cerita.

pakli: aku bagi contoh, kenapa diharamkan zina..
apa perasaan kau bila mak atau saudara perempuan kita berzina? maaf la sebab
aku guna keluarga untuk dijadikan contoh.

aku: dah tentu lah aku marah..

pakli: haa..marah tu kan fitrah..
satu lagi contoh, camana pulak kalau ayah kita balik rumah dalam keadaan mabuk
dan mengamuk. pukul mak kita dan adik beradik?

aku: dah tentu aku lagi marah..

pakli: itu pasal aku kata islam ni agama fitrah..
perkara-perkara tu awal-awal lagi dah diharamkan. dah memang fitrah manusia
tak mau perkara-perkara camtu..

aku: kalau aku yang buat contoh pulak?

pakli: silakan...

aku: camana kalau kau diberi kebenaran untuk melayani seberapa ramai
perempuan yang kau suka? adakah kau merasa marah? adakah kau merasa amat
beruntung?
camana pulak andai kau dibenarkan minum sehingga mabuk? adakah kau menolak?

pakli: tentu la aku suka..

aku: kenapa kau suka pulak? bila orang lain buat kau marah.
terkadang kita ni nak pahamkan orang lain pakli, tapi sebenarnya kita sendiri
yang merosaakkan ugama..

pakli: eh aku...dah lewat ni, aku ada hal la ngan ayah aku. lupa pulak...

04 November 2010

harapan

tanggal 10/10/10 kedua orangtua ku berangkat menunaikan rukun islam yang ke 5.

kami anak-anak mereka, amat gembira mendengarkan perkhabaran ini.

semenjak hari itu ku lihat bapak amat rajin dari kebiasaannya. laman dibersihkan saban hari. laluan air tika hujan nanti dibetulkan. pendek kata segalanya mesti rapi sebelum berangkatnya ketanah suci.

seperti biasanya, sebelum minggir kekamar beradu, aku dan bapak akan berbual itu dan ini. tentang hal dunia hinggalah pada hal ugama.

pada suatu saat terpancul dari mulut bapak tanpa sengaja mungkin. satu harapan jika bertandang ketanah suci...
harapannya agar dia kekal disana..

sewaktu dikelana jaya. perasaan hiba menyelubungi.
sedih tidak dapat aku tahan. air mata tidak dapat ku pertahankan..

dalam pada itu hatiku bertanya. perpisahan yang bagaimana aku inginkan..

apapun, hatiku mengharap agar bapak selamat menunaikan ibadat haji dan selamat pulang...

03 November 2010

air





percubaan pertama untuk hobi baru..

06 Julai 2010

adoiiii....

pagi minggu, hari untuk malas-malasan.

satu keluarga kekedai berdekatan untuk bersarapan. sedang asyik menikmati sarapan pagi yang dipesan, aku disapa seorang kenalan.

kenalan yang agak lama terpisah dek kerna haluan masing-masing.

aku beralih untuk semeja dengan mamat ni. banyak lah cerita itu dan ini yang diceritakan. aku lebih banyak mengiakan apa yang dituturkan.

setelah habis sarapannya. mamat ni minta izin untuk beredar. selepas bersalaman dan meninggalkan nombor talipon, mamat ni kekaunter dan keluar meninggalkan kedai.

selepas aku sekeluarga selesai bersarapan, aku kekaunter untuk membayar. rupanya kenalan aku tadi telah menjelaskan semua bayaran untuk aku.

aku amat menghargainya. lantas aku mengSMS akan dia untuk mengucapkan terima kasih.

dan kenalan aku membalas..
'apa ada hal bro, kecik je tu. gua menang, lu kena terima kasih sama team jerman'

maksudnya itu duit... adoiiiii

14 Mei 2010

ucap selamat 2

aku nak ucap selamat hari cikgu pulak pada seluruh cikgu dan cikgi kat malaysia.

terima kasih pada kalian semua yang mendidik rakyat malaysia sehingga berjaya.

jasa kalian sebenarnya tak terbalas oleh murid-murid kalian. kerana jasa kalian tak ternilai harganya.

hanya ucapan terima kasih yang amat sangat.
semoga kalian sentiasa dirahmatiNya.

12 Mei 2010

ucap selamat

aku nak ucapkan selamat hari missy untuk semua missy kat malaysia.

11 April 2010

seni 2




kalau aku pandai melukis, aku nak lukis benda cenggini kat lantai dapur..

04 April 2010

seni???




pameran seni di spanyol.


- cilok tanpa izin dari buayamerah..
(maaf)

30 Mac 2010

alam

aku sampai dikampung selepas waktu zohor. waktu panas terik, panas yang perit membakar kulit.

suasana yang panas membahang terasa hingga kemalam. anak-anak terpaksa tidur hanya berlampin.

waktu ingin pulang keperantauan, hujan lebat turun tanpa diundang. lebat yang bukan kepalang. menyukarkan pandangan jika berkenderaan. lebih-lebih lagi diwaktu malam.

waktu ngeteh, ku ceritakan pada seorang teman..

waktu kau pulang, alam amat gembira, mentari ceria memancarkan sinar sehingga kau terasa bahangnya..
tika kau mahu pulang keperantauan, alam amat bersedih hingga begitu lebat 'tangisan' yang dicucurkan..
cuba lah kau memahami alam..

aku mengiakan aje lah apa yang teman aku cakap..

21 Mac 2010

baik buruk

sewaktu pulang kerumah setelah basah kuyup ditimpa hujan dijalanan, aku singgah disebuah kedai.

niat aku nak beli penyuci nafas (rokok le tu) sambil belikan jajan untuk anak.

dari kedai mamak disebelah, aku dengar nama aku dipanggil. nampak ah chai dan karu sedang ngeteh.

ah chai: woi aku, mai la ngeteh dulu..
pelawa ah chai anak kelahiran pulau pinang.

aku duduk semeja lain-lain kerusi ngan diaorang.

karu: ko dari mana aku? basah kuyup ni. kat sini tak hujan pulak.

aku: aku dari shah alam..

ah chai: lebat sangat ka hujan kat shah alam?

aku: fuh, kat sana kategori cuaca buruk. dengan angin kencang, ribut petir. kalau aku naik kereta tahan la sikit, ni naik moto, goyang gak aku..

karu: camane ko kata cuaca tu buruk?

aku: buruk la tu.. ngan hujan lebat, petir sabung menyabung, angin kuat..

ah chai: kalau cuaca baik pulak lagu mana?

aku: cuaca baik tu tanpa adanya hujan lebat, petir, angin yang kuat..

karu: bukankah semuanya tu datang dari Dia.. macamana ko kata itu semua buruk?

ah chai: aku setuju apa yang karu habaq, semuanya dari Dia.

aku menghirup teh tarik, terasa agak tawar..

karu: kalau semuanya baik, maknanya belum lengkap la..

ah chai: betoi tu karu, buruk tu pelengkap kepada baik. baru jadi berpasang-pasangan..

aku terus menghirup teh tarik aku, terasa menjadi semakin kelat..

17 Mac 2010

sama

selasai solat, si ibu tersenyum memandang anak bongsunya yang berusia lima tahun.

si ibu: bagusnya adik ni..

si anak: bagus kenapa ibu?

si ibu: bagus la sebab adik solat. kalau adik solat penuh lima waktu, ibu bagi lima ringgit. nak tak..?

si anak: nak, nak.. kalau adik dapat lima ringgit, ibu dapat apa pulak?

si ibu: kalau ibu solat, nanti tuhan bagi pahala..

si anak: adik kecik, dapat upah duit. mak besar, dapat upah pahala..
sama la kita ibu..

si ibu terdiam sambil memikirkan tahap imannya.
adakah dia sama taraf dengan anaknya, mengharapkan upah..

12 Mac 2010

Syorga

suatu petang si lebah dan si lalat bertandang kerumah guru mereka, si ular.

si ular adalah guru yang disegani kerna ketinggian ilmunya disekitar semak itu.

si lalat: maaf wahai guru kerna menganggu guru dipetang hari begini.

si ular: tak mengapa wahai murid-murid ku..
sambil merenggangkan lingkaran setelah membelasah seekor katak.

si lebah: wahai guru, ceritakan lah kepada kami perihalnya syorga agar kami senantiasa mendambakannya..

si ular: baiklah wahai muridku. adapun syorga itu adalah suatu tempat yang tak terbayang dek fikiran. satu tempat yang amat nyaman. suatu tempat yang penuh dengan wangi-wangian..

si lebah tersenyum membayangkan bagaimanakah seronoknya di syorga.

si ular: disana nanti, terdapat ribuan, malah jutaan bunga yang bisa kau hirup madunya tanpa merasa puas..

tidak semena-mena si lalat menangis meraung-raung.

si ular: mengapa kau menangis wahai muridku?

si lalat: mana mungkin begitu keadaannya syorga. mana bisa aku mendambakan syorga jika keadaannya sedemikian..

terbang lah si lalat meninggalkan si ular dan si lebah untuk mencari sampah sarap yang menjadi syorga idamannya.

09 Mac 2010

'keperihatinan' PM

awek gua merengek-rengek nak kereta baru. kereta yang ada pun jarang-jarang guna.

nak pulak kereta sport! nampak romantik katanya..
gua layankan je awek gua ni..

gua dah usha kereta yang dua seat. harap-harap awek gua tu setuju ngan pilihan gua..



terima kasih PM kerana 'perihatin' ngan rakyat...

06 Mac 2010

mira

sukar untuk pak tua mempercayai mira sanggup menderanya.

mira sudah dianggap seperti anak kandung sendiri. bertahun-tahun diambil tinggal bersamanya. mira lah tempat pak tua menumpang kasih.

dimana silapnya, pak tua masih mencari-cari salah dirinya..

dalam pak tua mencari salah silap dirinya, terasa berpinar mata bila mira menghayunkan penyepak tepat mengenai mukanya. mira hanya tersenyum.

pak tua tertiarap dilantai. terasa darah panas pekat meluncur laju membasahi lantai. ingin merayu, tidak terkeluar suara. kerongkongnya pecah barangkali setelah dilibas dengan penggelek tepung oleh mira.

mira masih belum puas, dicapainya lesung batu, dihempaskan kekaki pak tua. serta merta terasa kebas kakinya. patah mungkin..

mira hanya tersenyum bila pak tua menjerit tanpa suara. situa yang tidak mampu melawan mudah saja diperlakukan sewenang-wenangnya.

situa dibiarkan menggelupur, menggerang kesakitan didapur. harap-harap jangan sampai mati kerana esok mira masih teringin membelasahnya..


* 20 tahun yg lepas, pak tua dengan sengaja menyepak mati seorang kanak-kanak.

13 Februari 2010

raja kumbang




hey, jangan cuba-cuba bermain cinta denganku
hey, akulah raja kumbang
itulah nama samaranku..


gua tak pasti yang mana satu raja kumbang..
layan bader layan..

11 Februari 2010

sian bomba


sian pulak gua tengok depa ni....
bocoq sana bocoq sini

10 Februari 2010

litar

baru-baru ni gua masuk litar. try test keberanian memandu gua.

litar karak highway memang dah tak asing bagi gua. bayaran masuk 5 inggit, bayaran keluar 3 inggit. mana ada lebuhraya yang kenakan bayaran masuk dan bayaran keluar. cuma dilebuhraya karak!

gua masih berani rasanya..

masuk bahagian pecut kat lebuhraya pantai timur hingga ke susur chenor, gua kena bayar 7.90 sen.

nama je lebuhraya..
dia punya bumping sarupa cibai..!

31 Januari 2010

bidin mencari guru

bidin bukanlah seorang yang kuat pegangan agamanya. sekadar biasa-biasa saja. tidak seperti budin, yang sentiasa berketayap putih, yang selalu menasihatinya itu ini. yang selalu menghukum itu ini.

suatu ketika hati bidin terbuka untuk mencari seorang guru.
tapi hati bidin gundah, bagaimana untuk mengetahui orang yang dicarinya adalah benar-benar guru.

dalam masa bidin gundah gulana, datang satu ilham didalam fikirannya.

selepas solat isyak, bidin keluar rumah menuju kepinggir belukar.
berbekalkan obor, bidin tercari-cari sarang tebuan tanah yang sudah dikenal pasti siang tadi.

dengan berhati-hati bidin memasukkan tebuan tanah beserta sarangnya sekali kedalam guni. diikat kemas-kemas agar tidak terlepas walau seekor pun.
"esok akan aku tahu siapa yang benar-benar boleh menjadi guru" bisik hati bidin.

guni berisi tebuan tanah bidin letakkan tersorok ditangga masjid.
sambil menunggu para jemaah datang, bidin memerhatikan satu persatu jemaah yang masuk ke masjid.
"mungkinkah ada diantara kalian yang bakal menjadi guru aku" tanya hati bidin.

sewaktu para jemaah bersolat yang kelihatannya amat khusyuk, bidin keluar mendapatkan guni tebuannya.

"jika mereka benar-benar khusyuk, apa lah sangat sengatan tebuan tanah" fikir bidin.

dilemparkan guni tebuan ketengah-tengah para jemaah!

"siapa yang tetap ditempatnya akan aku jadikan guru..." nekad bidin.

seketika kemudian, tidak ada seorang pun jemaah yang tinggal... termasuk budin..

28 Januari 2010

rindu.................?

entah kenapa tetiba mata merajuk. tak mahu mengantuk, tak mahu lelap.
matakah yang mengantuk, matakah yang lelap... entah.

aku sumbatkan sound system sony ericsson ketelinga, nyalakan sebatang ubat paru-paru, duduk diatas buai sambil melayan satu lagu..

..aku tersentak langsung tersedar
cuaca dingin menadah hati yang kian rawan
terbayang seribu kemungkinan
tergerak ku mendakap kau pun hilang

bukan beralah kecewa kerana cinta
tapi berduka kecewa kerana rindu
berjuang ku hanyalah satu pegangan
hidup dan matiku ingin kurasa
oh bersama mu..

merindukah aku.......?

(tabik utk pencipta lagu nih)

26 Januari 2010

letih

aku letih dengan masalah ternet aku.

kejap on kejap off. cam lampu lip lap. kejap boleh bukak, kejap tak boleh bukak. nak sambung pun kena tunggu berjam-jam.

moga-moga lepas ni tak ada masalah lagi dah..

20 Januari 2010

kata orang dulu-dulu

sambil menunggu ikan bakar yang aku pesan terhidang, aku sempat berbual dengan seorang warga singapura.

dia datang ke umbai semata-mata mahu merasa ikan bakar.

entah macam mana kami berbual tentang adat dan petua orang dulu-dulu yang aku sendiri tak berapa tahu.

pakcik ishak: ko tau aku, kalau rama-rama besar masuk dalam rumah kita, maknanya ada tamu yang nak datang..

aku: ye ke, yang aku tahu, kalau sedang kita makan dirumah, tetiba kita nak ambil salah satu menu bersama. tandanya ada tetamu yang bakal tiba.

pakcik ishak: yang tu betul jugak. lagi satu kalau kucing peliharaan kita asyik menyapu muka dia. tanda ada tamu jugak tu.

aku: kalau takde kucing pakcik ishak?

pakcik ishak: ko tak dapat la tanda tu. lagi satu kalau burung kelicap riuh rendah berbunyi dilaman rumah. ada la tamu nak datang.

tetiba anak pakcik ishak menyampuk..

"sekarang ni lagi senang ayah, kalau henset berbunyi, dah gerenti punya.."