17 Mac 2010

sama

selasai solat, si ibu tersenyum memandang anak bongsunya yang berusia lima tahun.

si ibu: bagusnya adik ni..

si anak: bagus kenapa ibu?

si ibu: bagus la sebab adik solat. kalau adik solat penuh lima waktu, ibu bagi lima ringgit. nak tak..?

si anak: nak, nak.. kalau adik dapat lima ringgit, ibu dapat apa pulak?

si ibu: kalau ibu solat, nanti tuhan bagi pahala..

si anak: adik kecik, dapat upah duit. mak besar, dapat upah pahala..
sama la kita ibu..

si ibu terdiam sambil memikirkan tahap imannya.
adakah dia sama taraf dengan anaknya, mengharapkan upah..

9 ulasan:

  1. nak tambah sikit...
    takpe jika mengharap surga

    BalasPadam
  2. salam
    ye ke takpe, jika mengharap syurga?

    BalasPadam
  3. brutalsolo,
    kalau nak balasan, bukan ke tak ikhlas namanya?

    ku2,
    tak bleh ke kalau mengharap sesuatu..
    gua ngan ank gua sama nampaknya.. huhuhu

    BalasPadam
  4. kalau harap sesuatu mana yang dikatakan "Lillahi Taala"?

    BalasPadam
  5. nak menerangkan aku tak pandai menulis ngan baik jadi aku carikan sumbernya ..

    http://ivandrio.wordpress.com/2009/11/29/ibadah-mengharap-surga-ikhlaskah/

    http://www.rumaysho.com/belajar-islam/aqidah/2867-apakah-ikhlas-berarti-tidak-boleh-mengharap-pahala-dan-surga-.html

    BalasPadam
  6. satu lagi cari ceramah ustaz ismail kamus tentang balasan surga tajuknya : iman dan amal

    BalasPadam
  7. kulupSakah,
    jadinya kerana sesuatu la kot..

    brutalsolo,
    trima kasih kerna carikan sumber utk gua. moga bermanfaat utk semua..

    BalasPadam
  8. salam.
    kulup sakah dh jawab bg pihak.

    BalasPadam