22 Disember 2009

payung

hujan masih lebat. mencurah-curah seakan membasuh bumi.

selesai solat isyak, aku duduk diserambi surau mengharap redanya hujan.
tok siak sengaja membiarkan lampu terpasang kerna masih ramai jemaah yang boleh dikira dengan jari mengharap sepertiku.

garaj yang sedikit jauh dan tidak ada bumbung yang bersambung dengan surau menyulitkan aku untuk ke garaj.

dipojokan serambi ku lihat aki berseorangan. tersandar sambil matanya terpejam. entah apa yang difikirkan. mungkin keletihan setelah siangnya membanting tulang.

ku datangi aki dengan perlahan-lahan. takut terganggu angan-angannya.

"aok tok balik lagi aku?" soal aki sambil membuka mata.

"tunggu ujan reda sket aki" jawab aku sambil bersila didepan aki.

lantas aku dan aki berbual. dari satu hal ke satu hal. keserabutan dalam kepala, ku luahkan kepada aki.
aki menjawab setiap persoalan dengan baik dan teratur. agar aku faham mungkin..

"moh kita balik aku" ajak aki bila waktu menghampiri jam sepuluh.

"kejap lagi la aki" pujuk aku agar aki masih sudi melayani kerenah aku.

"moh le, aki ada payung" kata aki sambil bangun.

aku menuruti aki dari belakang. bila aki menyarungkan seliparnya, aku tak nampak pun payung kepunyaannya.

"aok ikut je langkoh aki, mane aki pijok, situ le aok pijok" arah aki bila dilihatnya aku tercari-cari payung.

bila aki mula melangkah meredah hujan, aku juga turut melangkah dibelakangnya. mata aku tak lepas melihat tempat aki berpijak. dimana aki berpijak, disitu aku berpijak.

sampai digaraj, pakaianku kering. tidak ada setitik air hujan pun pada pakaianku. aku hanya terkebil-kebil dan tercengang-cengang memandang aki.

aki hanya tersenyum lantas meninggalkan aku dengan honda 50 nya.
aku cuba menyakinkan diri. aku redah hujan dengan honda 70 bapakku.

sampai dirumah, seluruh pakaian aku basah kuyup.

aku belum ada payung seperti aki..

6 ulasan:

  1. Salam aku

    Insya Allah kalau tawakkal dan ada kesungguhan akan mendapat payung sebagaimana aki itu.

    BalasPadam
  2. nik,
    tinggi le agoknye..


    ben,
    baru ngendeng2 aki dah betuko alam..
    isk isk isk


    pakdin,
    bukan satu kerja yg senang tu pakdin.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas kunjungan anda

    BalasPadam