17 Mac 2010

sama

selasai solat, si ibu tersenyum memandang anak bongsunya yang berusia lima tahun.

si ibu: bagusnya adik ni..

si anak: bagus kenapa ibu?

si ibu: bagus la sebab adik solat. kalau adik solat penuh lima waktu, ibu bagi lima ringgit. nak tak..?

si anak: nak, nak.. kalau adik dapat lima ringgit, ibu dapat apa pulak?

si ibu: kalau ibu solat, nanti tuhan bagi pahala..

si anak: adik kecik, dapat upah duit. mak besar, dapat upah pahala..
sama la kita ibu..

si ibu terdiam sambil memikirkan tahap imannya.
adakah dia sama taraf dengan anaknya, mengharapkan upah..

12 Mac 2010

Syorga

suatu petang si lebah dan si lalat bertandang kerumah guru mereka, si ular.

si ular adalah guru yang disegani kerna ketinggian ilmunya disekitar semak itu.

si lalat: maaf wahai guru kerna menganggu guru dipetang hari begini.

si ular: tak mengapa wahai murid-murid ku..
sambil merenggangkan lingkaran setelah membelasah seekor katak.

si lebah: wahai guru, ceritakan lah kepada kami perihalnya syorga agar kami senantiasa mendambakannya..

si ular: baiklah wahai muridku. adapun syorga itu adalah suatu tempat yang tak terbayang dek fikiran. satu tempat yang amat nyaman. suatu tempat yang penuh dengan wangi-wangian..

si lebah tersenyum membayangkan bagaimanakah seronoknya di syorga.

si ular: disana nanti, terdapat ribuan, malah jutaan bunga yang bisa kau hirup madunya tanpa merasa puas..

tidak semena-mena si lalat menangis meraung-raung.

si ular: mengapa kau menangis wahai muridku?

si lalat: mana mungkin begitu keadaannya syorga. mana bisa aku mendambakan syorga jika keadaannya sedemikian..

terbang lah si lalat meninggalkan si ular dan si lebah untuk mencari sampah sarap yang menjadi syorga idamannya.

09 Mac 2010

'keperihatinan' PM

awek gua merengek-rengek nak kereta baru. kereta yang ada pun jarang-jarang guna.

nak pulak kereta sport! nampak romantik katanya..
gua layankan je awek gua ni..

gua dah usha kereta yang dua seat. harap-harap awek gua tu setuju ngan pilihan gua..



terima kasih PM kerana 'perihatin' ngan rakyat...

06 Mac 2010

mira

sukar untuk pak tua mempercayai mira sanggup menderanya.

mira sudah dianggap seperti anak kandung sendiri. bertahun-tahun diambil tinggal bersamanya. mira lah tempat pak tua menumpang kasih.

dimana silapnya, pak tua masih mencari-cari salah dirinya..

dalam pak tua mencari salah silap dirinya, terasa berpinar mata bila mira menghayunkan penyepak tepat mengenai mukanya. mira hanya tersenyum.

pak tua tertiarap dilantai. terasa darah panas pekat meluncur laju membasahi lantai. ingin merayu, tidak terkeluar suara. kerongkongnya pecah barangkali setelah dilibas dengan penggelek tepung oleh mira.

mira masih belum puas, dicapainya lesung batu, dihempaskan kekaki pak tua. serta merta terasa kebas kakinya. patah mungkin..

mira hanya tersenyum bila pak tua menjerit tanpa suara. situa yang tidak mampu melawan mudah saja diperlakukan sewenang-wenangnya.

situa dibiarkan menggelupur, menggerang kesakitan didapur. harap-harap jangan sampai mati kerana esok mira masih teringin membelasahnya..


* 20 tahun yg lepas, pak tua dengan sengaja menyepak mati seorang kanak-kanak.