21 Mac 2010

baik buruk

sewaktu pulang kerumah setelah basah kuyup ditimpa hujan dijalanan, aku singgah disebuah kedai.

niat aku nak beli penyuci nafas (rokok le tu) sambil belikan jajan untuk anak.

dari kedai mamak disebelah, aku dengar nama aku dipanggil. nampak ah chai dan karu sedang ngeteh.

ah chai: woi aku, mai la ngeteh dulu..
pelawa ah chai anak kelahiran pulau pinang.

aku duduk semeja lain-lain kerusi ngan diaorang.

karu: ko dari mana aku? basah kuyup ni. kat sini tak hujan pulak.

aku: aku dari shah alam..

ah chai: lebat sangat ka hujan kat shah alam?

aku: fuh, kat sana kategori cuaca buruk. dengan angin kencang, ribut petir. kalau aku naik kereta tahan la sikit, ni naik moto, goyang gak aku..

karu: camane ko kata cuaca tu buruk?

aku: buruk la tu.. ngan hujan lebat, petir sabung menyabung, angin kuat..

ah chai: kalau cuaca baik pulak lagu mana?

aku: cuaca baik tu tanpa adanya hujan lebat, petir, angin yang kuat..

karu: bukankah semuanya tu datang dari Dia.. macamana ko kata itu semua buruk?

ah chai: aku setuju apa yang karu habaq, semuanya dari Dia.

aku menghirup teh tarik, terasa agak tawar..

karu: kalau semuanya baik, maknanya belum lengkap la..

ah chai: betoi tu karu, buruk tu pelengkap kepada baik. baru jadi berpasang-pasangan..

aku terus menghirup teh tarik aku, terasa menjadi semakin kelat..

17 Mac 2010

sama

selasai solat, si ibu tersenyum memandang anak bongsunya yang berusia lima tahun.

si ibu: bagusnya adik ni..

si anak: bagus kenapa ibu?

si ibu: bagus la sebab adik solat. kalau adik solat penuh lima waktu, ibu bagi lima ringgit. nak tak..?

si anak: nak, nak.. kalau adik dapat lima ringgit, ibu dapat apa pulak?

si ibu: kalau ibu solat, nanti tuhan bagi pahala..

si anak: adik kecik, dapat upah duit. mak besar, dapat upah pahala..
sama la kita ibu..

si ibu terdiam sambil memikirkan tahap imannya.
adakah dia sama taraf dengan anaknya, mengharapkan upah..

12 Mac 2010

Syorga

suatu petang si lebah dan si lalat bertandang kerumah guru mereka, si ular.

si ular adalah guru yang disegani kerna ketinggian ilmunya disekitar semak itu.

si lalat: maaf wahai guru kerna menganggu guru dipetang hari begini.

si ular: tak mengapa wahai murid-murid ku..
sambil merenggangkan lingkaran setelah membelasah seekor katak.

si lebah: wahai guru, ceritakan lah kepada kami perihalnya syorga agar kami senantiasa mendambakannya..

si ular: baiklah wahai muridku. adapun syorga itu adalah suatu tempat yang tak terbayang dek fikiran. satu tempat yang amat nyaman. suatu tempat yang penuh dengan wangi-wangian..

si lebah tersenyum membayangkan bagaimanakah seronoknya di syorga.

si ular: disana nanti, terdapat ribuan, malah jutaan bunga yang bisa kau hirup madunya tanpa merasa puas..

tidak semena-mena si lalat menangis meraung-raung.

si ular: mengapa kau menangis wahai muridku?

si lalat: mana mungkin begitu keadaannya syorga. mana bisa aku mendambakan syorga jika keadaannya sedemikian..

terbang lah si lalat meninggalkan si ular dan si lebah untuk mencari sampah sarap yang menjadi syorga idamannya.

09 Mac 2010

'keperihatinan' PM

awek gua merengek-rengek nak kereta baru. kereta yang ada pun jarang-jarang guna.

nak pulak kereta sport! nampak romantik katanya..
gua layankan je awek gua ni..

gua dah usha kereta yang dua seat. harap-harap awek gua tu setuju ngan pilihan gua..



terima kasih PM kerana 'perihatin' ngan rakyat...